Hiburan By: Syamir Shafie January 24, 2024 @ 2:44pm

Jumpa Bagasi Berisi 4 Ekor Kucing, Nasib Baik Tak M*ti… Netizen Doa Semoga Individu Yang Buang Diberi Balasan Setimpal

Luluh hati seorang individu apabila menjumpai tiga buah beg bagasi berisi kucing di dalamnya dalam keadaan tidak bermaya.

Menerusi sebuah video yang tular di laman TikTok semalam, sebanyak empat ekor kucing dewasa dan beberapa ekor anak kucing dipercayai berada dalam beg tersebut dalam keadaan berzip berdekatan tempatnya berniaga.

Menurut laporan Kosmo, pekerjanya menjumpai beg tersebut di sekitar kawasan tempat letak kereta kira-kira pukul tiga pagi.

“Lebih kurang pukul 8.30 malam, nampak sebuah kereta masuk. Tapi dalam 15 minit, dia keluar balik, mungkin ubah fikiran dan hendak makan tempat lain.

“Apa salah kucing-kucing ini? Apalah dosa mereka, tidak layakkah mereka untuk hidup di dunia ini?,” katanya.

Pemilik akaun TikTok tersebut, @sheikharjans tidak menolak kemungkinan bahawa haiwan kesayangan Nabi tersebut sengaja dibuang di tempat tersebut.

Pada awalnya, dia menyaksikan ada individu yang memasuki kawasan berkenaan kemudian kembali keluar dalam masa yang cukup singkat.

“Lebih kurang pukul 8.30 malam, nampak sebuah kereta masuk. Tapi dalam 15 minit, dia keluar balik, mungkin ubah fikiran dan hendak makan tempat lain.

“Apa salah kucing-kucing ini? Apalah dosa mereka, tidak layakkah mereka untuk hidup di dunia ini?,” luahnya.

Dia merasakan kucing-kucing malang itu telah terperangkap dalam keadaan sempit tersebut selama hampir lima jam.

Lebih menyayat hati, bukan sahaja kucing-kucing tersebut berhimpit-himpit, malah turut bergelumang dengan najis.

“Pukul 3 pagi, pekerja nampak ada tiga buah beg di kawasan tapak letak kereta.

“Dalam beg besar berzip, ada kucing dewasa dengan anak-anak kecil, sampai ada yang terkencing dan terberak dalam beg tersebut,” katanya.

Berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu, dia bertanggungjawab untuk menjaga kesemua kucing-kucing berkenaan.

“Nasib baik kami ternampak. Apa salahnya kalau beritahu orang, tidak mampu nak beri makan dan jaga?

“Tidak mengapa, saya tidak kaya, tidak ada banyak harta. Tetapi saya tidak akan pernah jatuh miskin kalau jaga kucing-kucing ini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati serta berterima kasih kepada individu yang menyelamatkan dan sanggup memelihara kucing-kucing berkenaan.

Tidak kurang juga netizen yang menempelak perbuatan terkutuk pelaku yang membuang dengan cara yang tidak berhati perut itu seolah-olah tidak mementingkan nilai sebuah nyawa.

Justeru, ramai pengguna laman media sosial mendoakan agar pelaku mendapat balasan yang setimpal dengan kekejaman yang dilakukan.

Sumber : Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Apr 2018

Bekas Isteri Nelson Mandela Meninggal

Wanita itu dimasukkan ke hospital Johannesburg awal tahun lalu kerana penyakit buah pinggang dan serta mengalami kesakitan pada salah satu kakinya.

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Lif Dah Siap! Tunggu Si Comel Pipi Merah Jer!

Siti terpaksa mengikuti nasihat pakar perbidanan untuk melahirkan bayi melalui pembedahan memandangkan kebiasaannya  bayi dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization” (IVF) jarang bersalin secara normal.

Program TV Mon, 18 May 2020
Filem Wed, 6 Dec 2023
Trending Wed, 29 Jan 2020
Trending Tue, 16 Mar 2021
Featured Thu, 22 Feb 2024