Untuk Jurnal kali ini barisan da’i telah dibawa melawat ke Taman Seni Islam, Shah Alam iaitu bertempat di Rehlah Nabawiyyah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada da’i kita tentang perjalanan kelahiran dan kewafatan Rasullullah S.A.W.
Dan, apa yang penting barisan da’i kita dapat menambahkan ilmu dan memupuk rasa kecintaan mereka terhadap kota cinta, Madinah.
Selain dibawa melawat ke Taman Seni Islam, mereka juga turut diperkenalkan kepada ilmuan terkenal termasuklah Datuk Abu Hassan Din, Dr Zaharuddin Abd Rahman, dan Ustaz Hanafiah bagi bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu.
Malah, para pendakwah kita juga turut diberikan pengalaman manis apabila dapat memberikan makanan percuma kepada golongan gelandangan bersama-sama badan NGO dan SIFU Bikers.
Jadi, jangan ketinggalan menyaksikan da’i pendakwah nusantara malam ini, hanya di TV3 atau melalui laman Youtube rasmi TV3 Official Malaysia ! Dan boleh saksikan di LIVE TV kami di xtra.com.my di mana jua anda berada!