Jurnal Minggu Ke-5 : Menarik! Dai’ Dekati Masyarakat Dengan Cara Paling Istimewa

Betul lah orang kata, seseorang boleh menyampaikan dakwah dengan pelbagai cara. Kali ini pendakwah nusantara kita diberi tugasan dengan melebarkan dakwah dengan cara mendekati buskers di sekitar Masjid Jamek Batu Arang.  Tugasan yang diberi nama Busking Mengejar Hijrah ini bukan sahaja dapat menarik perhatian orang ramai mendekati mereka secara dekat tetapi, dapat mendidik mereka tentang konsep dakwah itu sendiri.

Masuk sahaja minggu keempat, pendakwah nusantara kita juga turut diberi peluang untuk mendekati kanak-kanak istimewa Tadika Istika Jaya, Puchong. Para #daiTV3 pastinya berdepan dengan cabaran apabila mereka hanya menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan anak-anak ini. 

Dan, melihat kepada kesungguhan guru tadika ini sahaja cukup membuatkan mereka berasa bangga  kerana dapat mendidik kanak-kanak istimewa ini sehingga berjaya.

Wah! Nampaknya pengasas ALMAS Beauty & Health, Datin Hjh Maziah Mohamed pun tidak ketinggalan untuk sama-sama turun padang berjumpa dengan kanak-kanak istimewa kita di Tadika Istijaya ni kan?

Namun, dalam menikmati kegembiraan pastinya para #daiTV3 kita juga sedia maklum tentang isu semasa melibatkan gempa bumi yang berlaku di Lombok baru-baru ini.  Turut serta dalam Karnival #kitaserumpun, #daiTV3 turut diberikan kesempatan untuk membuat ucapan dan sedikit pesanan kepada masyarakat tentang betapa perlunya kutipan dana ini untuk disalurkan kepada badan yang terlibat bagi membantu penduduk Lombok khasnya.

Jadi, kalau nak tahu bagaimanakah agaknya tugasan yang akan diberikan untuk persembahan para dai’ kita minggu ini, jangan lupa saksikan #daiTV3 pendakwah nusantara pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam ini hanya di TV3. Atau boleh saksikan siaran secara HD di tonton.com.my, Youtube TV3 Official dan LIVE TV di www.xtra.com.my dimana jua anda berada!

Jangan ketinggalan!

Salma Syahbuddin