‘Kahwin Muda Lepastu Cerai, Buat Apa Kan?’- Hans Issac

Selepas rancangan mendirikan rumah tangga menemui titik noktah pada dua tahun lalu, Datuk Hans Issac mengaku lebih berhati-hati dalam mencari teman hidup.

Katanya ketika ditemui Xtra pada majlis ‘Caltex with Techron’  di mana Hans merupakan rakan selebriti  Caltex Malaysia semalam, kejadian lalu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari calon terbaik dijadikan isteri.

“ Saya dah cuba dua tahun lepas, tak apa yang dah jadi baik saya diam. Cinta tak jadi, apa boleh buat kan?

“ Saya tak nak paksa diri dalam hal mencari isteri. Siapa yang tak nak kahwin kan?

“ Umur saya pun dah 48 tahun. Tetapi saya berpegang kepada prinsip, kalau kahwin muda lepastu cerai, buat apa kan?,” soalnya.

Akui Hans lagi, dia akan terus bersabar dalam misi pencarian isteri pada masa ini.

“Lebih baik saya sabar sebab saya nak kahwin sekali je. Betul tak?.

“Buat masa ini saya sibuk dengan kerja membangunkan hak pekerja seni di FINAS. Doakan agar saya juga dapat peluang merasa pengalaman menjadi pengantin satu hari nanti,”akhiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) ini.

Terdahulu, Hans pernah bertunang dengan wanita cantik bernama Gabrielle Robinson pada 28 Februari 2017 namun mengumumkan pertunangannya dengan model itu pada akhir tahun yang sama.

Takpe, kalau ada jodoh tak ke mana…tak gitu Hans?

SGMS Fas