‘Kahwin Sat La…’- Peminat Doa Azhan Rani Bersatu Dengan Rita Rudaini!

Nampaknya gurauan pelakon Azhan Rani di Instagram menerima reaksi positif daripada pengikutnya.

Kapsyen ringkas dari pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur pagi ini membuatkan pengikutnya ikut teruja. 

“Bosan betui hari ni tak tau nak buat apa…kawin sat la…toksah call toksah whatsapp toksah wechat arni no.. kami busy!,” tulis Azhan.

Dalam entri berkenaan, Azhan yang segak dalam baju Melayu berwarna putih duduk di samping pelakon jelita, Rita Rudaini.

Sepadan sungguh kan mereka ni? 

Sementara itu, sebilangan besar pengikut Azhan mendoakan agar apa yang ditulis oleh Azhan itu bakal menjadi kenyataan.

Menerusi laporan Berita Harian baru-baru ini, pelakon berusia 43 tahun itu mengaku pernah dihubungi seorang pengusaha restoran yang mahu menjodohkan dirinya dengan seorang doktor, baru-baru ini.

Mengaku terkejut dengan lamaran itu, Azhan, 43, bagaimanapun menolak hasrat itu cara baik dengan memberi alasan dirinya sudah berpunya.

SGMS Faida