Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 10, 2022 @ 5:28pm

“Kalau Ada, Adalah…” – Kembali Berjodoh Dengan Shila Amzah? Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Takdir

Baru-baru ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi Shila Amzah kembali menjadi bualan netizen.

Semuanya gara-gara keterujaan wargamaya melihat Sharnaaz memberi sokongan kepada bekas kekasihnya menerusi laman Twitter ketika Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) berlangsung.

Menerusi sebuah temubual bersama Utusan, Sharnaaz memaklumkan dia menyedari ramai yang mengusik manja sekiranya wujud kemungkinan dia akan kembali bercinta dengan Shila.

Aktor filem Juvana ini tidak menolak seandainya ditakdirkan untuk mereka berdua kembali menjalinkan hubungan cinta kerana percaya soal jodoh, rezeki dan maut itu adalah ketentuan Allah SWT.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.

“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan.Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja.

“Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” katanya.

Sementara itu, apabila disoal mengenai kesediaannya untuk berbaik semula dengan keluarga Shila, Sharnaaz mempunyai jawapan tersendiri mengenai hal itu.

“Tak tahulah. Kalau nak berdendam pun dah tua sangat dah kot,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga mengakui saling berhubung dengan Shila yang baru sahaja menempuhi episod perceraian.

“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.

“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga.

“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,” katanya.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Jul 2021
Featured Sat, 3 Dec 2022

Utamakan Kerjaya Berbanding Jodoh, Dah 6 Tahun Nabila Razali Tak Bercinta

Penyanyi Nabila Razali masih belum mempunyai kekasih hati kerana ingin mengutamakan kerjaya dalam bidang seni. Menurut gadis yang mesra disapa Bella, perjalanannya di dalam industri bukan suatu perkara yang mudah dan sayang untuk dilepaskan jika […]

Trending Wed, 9 Oct 2019

Menteri Pengangkutan Umum Penguatkuasaan e-Hailing

Ini Peraturan Yang anda Perlu Tahu

Featured Sat, 27 Apr 2024
Trending Thu, 12 Aug 2021

Ustaz Bongkar Rahsia Disebalik Kopiah & Kebaikan Amal Jariah Siti Sarah

MasyaAllah! Semoga ini menjadi tauladan dan juga ikutan buat kita semua

Hiburan Thu, 30 May 2019

Jom Tengok I Can See Your Voice Musim Kedua Bermula 23 Jun Depan!

Lebih drama, lebih menarik. Korang jangan lupa tengok okay bermula 23 Jun ini, setiap Ahad jam 9
malam hanya di TV3!

Featured Thu, 18 Mar 2021
Featured Tue, 10 Dec 2024
error: Content is protected !!