Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 11, 2020 @ 9:12pm

KKM saran 3 amalan perlu dibudayakan selepas PKP berakhir

Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan tiga amalan yang perlu dijadikan budaya baharu dalam kalangan masyarakat di negara ini iaitu penjarakan sosial, kebersihan diri dan mengelakkan daripada perhimpunan sekiranya ingin memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan unjuran yang dijalankan KKM mendapati amalan baharu itu berjaya menurunkan jumlah jangkitan COVID-19 berbanding negara yang tidak menguatkuasakan amalan berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. (Gambar NSTP/DANIAL SAAD)

Sehubungan itu, katanya, perubahan dalam gaya hidup yang diamalkan sejak PKP dilaksanakan 18 Mac 2020 itu perlu diteruskan khususnya selepas PKP berakhir sekiranya masyarakat ingin membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Mungkin selepas fasa tiga PKP, kita tidak boleh kembali kepada kelaziman kita dalam kehidupan. Nasihat KKM, pertama masyarakat perlu mengamalkan penjarakan yang selamat dan kedua, tiada perhimpunan kerana perhimpunan akan membawa rakyat berhimpun.

“Perhimpunan juga akan menyebabkan kebarangkalian untuk jangkitan baharu atau kebolehjangkitan COVID-19 berlaku. Selain itu, penjagaan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan perlu diamalkan jika ingin memutuskan rantaian COVID-19 walaupun selepas PKP,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan sebanyak 184 kes baharu positif COVID-19 dikesan sehingga jam 12 tengah hari, hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan di Malaysia sebanyak 4,530 kes.

Jumlah kes yang sembuh dan dibenarkan keluar hospital mencecah 1,995 kes secara keseluruhan dengan pertambahan sebanyak 165 kes hari ini.

Bagaimanapun, sebanyak tiga kes kematian dicatatkan di negara ini sehingga jam 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 73 kes.

Dr Noor Hisham berkata, KKM akan menilai keperluan aktiviti industri dan aktiviti harian masyarakat bagi mengurangkan kebolehjangkitan dalam kalangan komuniti sebelum menyediakan garis panduan bersesuaian sebagai persiapan pasca-PKP.

“Berdasarkan unjuran KKM, jangkitanCOVID-19 dalam komuniti boleh dibendung jika semua rakyat Malaysia bekerjasama dan patuh pada perintah duduk di rumah.

“Fokus kini adalah untuk mengurangkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti terlebih dulu dan melihat cara terbaik untuk kita melaksanakan aktiviti yang mungkin perlu diubah untuk disesuaikan dengan keadaan sekarang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Sep 2019

Ketahui punca tumit kaki pecah dan merekah

Elak masalah lebih serius

Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
Featured Wed, 9 Aug 2023
Featured Tue, 18 Nov 2025

Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi

Abby Abadi menyorot perhatian apabila berkongsi kenyataan meluahkan rasa kesalnya terhadap golongan lelaki yang didakwa mengkhianti golongan isteri dan bertindak menyalahkan pasangan sendiri.

Sihat Sat, 28 Sep 2019
Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!