Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 14, 2023 @ 7:20pm

Insiden Kamal Adli Diserang, Roslan Shah Tampil Jelaskan Situasi Sebenar – “Pihak Penganjur Tak Abaikan…”

Selebriti kelahiran Singapura, Roslan Shah tampil menegaskan lokasi ekspo pelakon Kamal Adli diserang mempunyai pengawal keselamatan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Roslan yang bertanggungjawab membawa selebriti ke negara seberang tersebut menceritakan detik-detik kejadian itu berlaku dan mahu semua pihak menunggu kenyataan daripada Kamal dan Uqasha sendiri.

“Ketika kejadian, saya berada di luar dewan kemudian saya masuk tiba-tiba kejadian itu berlaku, saya nampak darah dan Uqasha menjerit dan menangis.

“Ramai juga rakan selebriti yang ada di sana ketika kejadian. Saya sebak dan jadi marah kerana saya yang bawa mereka ke sana.

“Saya tahu ramai rakan artis yang beri kenyataan tapi bagi pihak saya tiada kerana menunggu kenyataan daripada Kamal dan Uqasha sendiri nanti di Kuala Lumpur.

“Saya perlu berhati-hati dalam beri kenyataan kerana ia sangat sensitif, isu ini pihak polis masih menyiasat, kita tak boleh tokok tambah daripada pihak luar seperti netizen,” katanya kepada XTRA ketika ditemui pada sidang media majlis berbuka puasa amal bersama Khai Bahar di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Disoal mengenai tahap keselamatan di tempat kejadian, Roslan memberitahu terdapat pengawal keselamatan di luar dewan.

Malah Roslan menyifatkan apa yang terjadi adalah pengajaran buat penganjur.

“Sebenarnya pihak penganjur ada pengawal keselamatan di luar cuma kita tidak tahu benda ini terjadi.

“Seumur hidup saya bawa rakan artis ke sana selama 18 tahun perkara ini tidak pernah terjadi.

“Ia satu pengajaran untuk kita beritahu kepada pihak penganjur agar lebih meningkatkan tahap keselamatan seperti ada pengawal pengiring, buat ‘double check’,” kongsinya.

Dalam pada itu, Roslan turut memaklumkan segala kos keperluan Kamal dan Uqasha ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

“Pihak penganjur tidak abaikan, mereka juga membantu Kamal dan Uqasha dari segi kos rawatan. Pengangkutan pulang ke Malaysia juga ditanggung.

“Saya kena bertanggungjawab, saya beri motivasi dan semangat kepada Uqasha sebab ada netizen cakap saya ini memandai-mandai, bukan. Saya cuma menolong mereka seadanya. Kalau tidak, ada yang cakap saya ‘lepas tangan’ pula.

“Insya-Allah isu ini akan reda,” harapya.

Pada Ahad, pelakon Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, pelakon Kamal Adli cedera parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali di Singapura.

Foto kredit: Shiddiqin Zon / Media Mulia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Mar 2018

为稳定薪水做无聊工作?放弃「这些」迎接精彩人生

你总是幻想着要有多多姿的人生,却始终不知道该如何前进?美国作家兼广播节目主持人Srinivas Rao建议大家要放下5件事,才能够迎来「与众不同」的精彩人生,值得好好深思。

Trending Fri, 16 Oct 2020
Hiburan Mon, 9 Aug 2021

“Walau Kita Tak Pernah Kenal & Jumpa, Masa I Kena Covid You Usaha Cari I…” – Rebecca Al Islam Sebak Kenang Kebaikan Siti Sarah

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad meluahkan rasa sedih selepas mengetahui berita pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Menurut Rebecca, dia dan Sarah saling tidak mengenali secara rapat dan tidak pernah berjumpa. ARTIKEL BERKAITAN: Siti […]

Hiburan Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Trending Sun, 27 Dec 2020
error: Content is protected !!