‘Kalau Boleh Nak Anak Lelaki’- Alif Satar

Penyanyi Alif Satar mengaku mengharapkan dikurniakan bayi lelaki untuk anak ketiganya nanti.

Namun begitu, Alif tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi dan berasakan apa yang lebih penting adalah bakal bayinya dan isteri, Shadila Halid berada dalam keadaan sihat.

“ Kalau boleh saya memang teringin anak lelaki tapi lebih penting isteri dan anak selamat dan sihat. Itu lebih utama.

“ Masih terlalu awal untuk membuat imbasan bayi. Doakan ya,” kata Alif memberitahu isterinya mengalami ‘morning sickness’ yang teruk kali ini.

Alif Satar berkahwin dengan Shadila pada 15 September 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

SGMS Faida