“Kalau Nak Kejar ‘Glamour’, Dah Lama Saya Buat…” – Raja Shahiran

Penyanyi Raja Shahiran mengaku lebih selesa mengikut ‘arus’ tersendiri berbanding menepati kehendak semasa.

Kata Raja Shahiran ketika ditemui Xtra, atas sebab itu dia memilih untuk tidak mengeluarkan single sembarangan.

“Kalau nak kejar glamor dah lama saya buat tetapi saya lebih memilih kualiti berbanding kuantiti.

“Mungkin juga lagu-lagu saya bukan selera pendengar Malaysia sebab itu sukar diterima. Saya tidak mahu hasilkan lagu hanya sebab duit semata-mata,” katanya.

Tambah penyanyi lagu ’Ir’s a trap’ itu, dia tidak kisah sekiranya kurang dikenali dan mahu ‘naik’ disebabkan bakat dan prestasinya.

”Saya tabik dengan penyanyi lagenda seperti Dato’ M. Nasir. Dia tidak perlu kontroversi untuk popular dan hatinya setia pada lagu yang ingin diketengahkan walaupun bukan mainstream…tapi lihat betapa popular lagu-lagunya sekarang.

”Sedih sebenarnya tengok keadaan industri sekarang bila orang kejar glamour, sampai buat benda-benda merepek yang memalukan diri semata-mata nak tular. 

“Tapi mungkin masyarakat kita juga suka dengan cerita-cerita sensasi sampaikan penyanyi yang berkualiti macam Yuna atau Shila Amzah, terpaksa mencipta nama mereka di luar negara kerana di sana bakat mereka lebih dihargai,” katanya lagi. 

Bak kata perpatah “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri”. Walaupun berpeluang untuk menempa nama di negara luar, Raja Shahiran memilih untuk memartabatkan industri seni tarian di Malaysia kerana menurutnya adalah masanya untuk ‘give back to the dance community’. 

Buat pengetahuan umum, Raja Shahiran merupakan satu-satunya rakyat Malaysia dan penduduk Asia Tenggara yang berjaya ke pusingan ke-2 ujibakat pertandingan program realiti, British Got Talent. 

Oleh: Fas

Del14