“Kalau Orang Tak Hargai…” – Kongsi Video Sedang Menangis, Eina Azman Patah Hati?

Pelakon Datin Paduka Eina Azman, 27, memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menangis baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram Storiesnya, Eina dilihat mengalirkan ayat mata dengan meninggalkan emoji patah hati.

Pada hantaran lain, Eina berkongsi ayat yang berkaitan menghargai seseorang.

“Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda, Buat mereka hargai kehilangan anda,” kongsinya.

Namun begitu, punca Eina menangis dan memuat naik hantaran tersebut masih tidak diketahui.

Sekadar info, Eina telah berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 6.

Atiqah Johari