Kalau SonaOne & Alif Bergabung Dalam Satu Lagu? ‘Obvious’ Meletop Kot!

Penyanyi SonaOne dan Alif baru saja melancarkan single kolaborasi pertama berjudul ‘Obvious’ serentak dengan muzik video, hari ini.

Gandingan dua penyanyi hebat ini bakal memukau pendengar dengan magis mereka tersendiri. Bayangkan, seorang penyanyi rap serba boleh manakala seorang lagi penerbit yang juga penyanyi rap terkemuka. Hasilnya, sudah pasti meletop kan?

‘Obvious’ diterbitkan dalam masa sama ditulis oleh mereka berdua turut menerima sentuhan dari Jimmy Cash di Cha Ching Studios North Hollywood, California. Malah, ia turut dibantu oleh calon Anugerah Grammy- Chris Athens di Chris Athens Masters Austin, Texas.

Single terbaru ini merupakan boleh dianggap sebagai antara single tempatan yang cukup luar biasa!

Lagu ini bukan sekadar tentang gaya sahaja. Malah mesej yang terkandung dalam lagu ini cukup mendalam.

“ Kami mulanya menulis lagu ini sebagai satu penghormatan kepada keyakinan diri seorang wanita. Semakin kami mendalami subjek ini, kami sedar bahawa mesej yang terkandung di dalamnya lebih besar dan boleh dikaitkan dengan semua.

“ Kadang-kala manusia terlalu hiraukan apa orang lain fikirkan tentang mereka dan mereka lupakan apa yang ada di hadapan mata mereka ATAU tidak sedar tentang perkara-perkara kecil berkenaan diri mereka yang sebenarnya sangat ketara atau ‘Obvious’ di mata orang lain,” kata Alif dalam satu kenyataan media.

Untuk kamu yang rasa kurang keyakinan diri dan ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri, jom layan ‘Obvious’ sekarang! Pendek kata, lagu ini bakal menyalurkan aura positif yang bakal mengubah hari-hari kamu. Jom layan ‘Obvious’ secara streaming dan boleh dimuat turun di semua platform muzik bermula hari ini (26 Oktober 2018).

SGMS Faida