Bawa kad pengenalan bersama dan selalu simpan back-up. Pastikan ada orang lain yang anda percayai tahu itinerari anda dan pastikan anda sering berkomukasi dengannya.
2. Perancangan
Bila anda berseorangan, ini bermakna anda tak boleh bergantung kepada telefon rakan anda bila telefon anda sendiri dah habis bateri. Samalah juga dengan wang jika beg duit anda hilang.
Sediakan sistem kecemasan: tuliskan nombor telefon penting (milik rakan-rakan atau keluarga, kedutaan, perkhidmatan kecemasan); sediakan duit syiling untuk buat panggilan di pondok telefon; dan selalu pastikan yang anda ada duit lebih sebagai back-up di dalam beg atau di dalam locker.
3. Makan
Solomangarephobia. Itulah terma saintifik untuk fobia terhadap pengalaman seseorang ketika makan tanpa berteman. Dan inilah sejenis ketakutan yang ramai pelancong solo alami.
Yalah, bila dah solo, kenalah buat semuanya sendiri, termasuklah ketika menjamu selera.
Selalunya orang akan rasa segan, tapi jika anda berjaya atasinya, gerenti anda akan enjoy lagi trip anda.
Bawa buku untuk hilangkan rasa bosan; duduk di meja kaunter supaya anda tak terlalu terdedah; ataupun gunakan peluang ini untuk praktis penggunaan bahasa asing dengan pelayan restoran.
4. Buat Kawan
Of course, bila dah berseorangan, mestilah bosan jadi anda akan secara automatik cuba untuk membuat teman baru.
Perkara ini tak susah tapi satu lagi ketakutan yang pelancong solo ada adalah jika mereka akan disukai oleh orang asing atau tidak.
Untuk menyenangkan anda, pastikan anda nampak mudah didatangi. Lemparkan senyuman, dan jangan malu berinteraksi. Nak senang, sertai saja tour.
5. Enjoy!
Jika melancong beramai-ramai, anda kena jaga hati teman dan pertimbangkan permintaan mereka ketika nak buat sesuatu keputusan.
Tapi bila anda travel seorang-seorang, anda berhak untuk berkelakuan selfish. Anda tentukan sendiri pace perjalanan anda, makan apa saja dan bila saja yang anda suka, dan lawati tarikan pelancong yang anda nak check out. Gunakan masa ini untuk belajar berdikari dan enjoy kebebasan ini.
Walau bagaimanapun, sebaik mana anda melakukan perancangan untuk perjalanan anda, mesti ada yang tak kena. Contohnya, anda terlepas bas, penerbangan anda ditunda seketika, atau beg luggage anda hilang.
Apabila perkara ini berlaku, jangan sesekali stres sangat. Move on saja, dan rangka perancangan baru. Manalah tahu, mungkin Plan B adalah lebih baik?
Sumber: Reader’s Digest