“Kami Akan Sentiasa Berdiri Teguh Disisi Sarah Dan Anak-Anak…”- Puteri Sarah Liyana Dedah Yusof Haslam ‘Kunci’ Sumber Kekuatan

Semenjak kemelut rumah tangganya mendapat liputan media, Puteri Sarah Liyana tidak ketinggalan mengucapkan syukur dan memberi penghargaan buat ayah mertuanya yang juga pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam.

Bagi Sarah, bapa mertuanya adalah seorang yang sangat positif dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya ketika menjalani proses kehidupan tanpa kehadiran seorang suami.

Terbaharu, Puteri Sarah Liyana, 36, baru-baru ini ada memuat naik hantaran di InstaStory miliknya, berupa tangkap layar pesanan Whatsapp yang dikirimkan oleh bapa mertuanya itu.

Menurutnya, setiap minggu Yusof Haslam akan menghantar pesanan berupa kata-kata semangat untuknya sekaligus menganggap ini adalah satu bentuk pembakar semangat agar sentiasa kuat dan tidak berputus asa dalam kehidupan.

Malah, Sarah juga mengakui kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusof Haslam sebelum ini menerusi program Melodi, membuatkan beliau berasa terharu dan sedih dengan sokongan yang diberikan.

“Kepada Sarah, semoga Sarah istiqamah dan hadapi dengan tenang. Walaupun saya tahu bercakap memang mudah tetapi yang menanggung dia dibahu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Sarah kini masih menunggu status perjalanan kes saman nya membabitkan anak kepada pelakon, Kazar Saisi kerana, mahkamah setakat ini telah mengeluarkan arahan injuksi yang melarang Ira mendekati dia dan seluruh ahli keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sekuat Mana Pun Wanita, Pasti Kalah Dengan Rindu…”- Tular Video Bersama Syamsul Yusof, Ramai Doakan Puteri Sarah Kuat!

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Luar Boleh Kata Apa Sahaja” – Puteri Sarah Jawab Dakwaan Sengaja Sebar Aib Suami, Beri Respons Bila Dibandingkan Dengan Isu Rumah Tangga Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN:“Bestie, Awak Status Apa? Masih Isteri Atau…” – Ditanya Perihal Rumah Tangga, Ini Reaksi Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Tunggu Proses Seterusnya” – Puteri Sarah Lega Ira Kazar Dipanggil JAWI

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Takut Dengan Orang Ketiga!”- Puteri Sarah Liyana Beri Amaran, Wanita ‘Kaki Sondol’ Perlu Diberi Pengajaran

Salma Syahbuddin