“Apa Dia Ingat Saya Takut? Tolong Jangan Jadi Pondan!” – Digelar Penunggang Agama, PU Syed Ajak Netizen ‘Berdepan’

Pendakwah bebas, PU Syed sebelum ini cukup lantang dalam menyuarakan pendapatnya berhubung pelaksanaan konsert artis luar negara di Malaysia.

Dan, tindakannya itu sekaligus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap beliau terlalu ‘kolot dan munafik.

ARTIKEL BERKAITAN:Digelar Munafik Gara-Gara ‘Senyap’ Isu Konsert Artis Indonesia Ke Malaysia, PU Syed Tetap Dengan Pendirian Mahu Cegah Maksiat!

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Jangan Meludah Ke Langit, Takut Merecik Ke Muka Sendiri” – PU Syed Bidas Nabila Huda

Walaupun ada segelintir pengikut beliau yang dilihat bersetuju dengan tindakannya itu, namun ada juga warganet yang masih melemparkan kata-kata makian terhadapnya.

Susulan itu, PU Syed dilihat ada berkongsi beberapa hantaran mesej langsung yang diterimanya menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

“Ada lagi mesej-mesej yang di PM pada saya oleh budak-budak tak cukup umur ni.

“Apa dia ingat saya takut dengan cercaan dan makian mereka?

“Kalau beranai, mari depan saya lah. Jangan jadi pondan!” tulisnya.

Terdahulu, pendakwah bebas ini menegaskan akan menyekat dan menghapuskan mana-mana komen netizen yang tidak beradab atau ‘kurang ajar’ bagi mengelakkan perbalahan.

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Video Berunsur L*cah, PU Syed Beri Teguran Buat Aliff Syukri – “Bayangkan Anak Kamu…”

ARTIKEL BERKAITAN:‘Unboxing By Husband’ Viral Di TikTok, Pu Syed Tampil Beri Amaran – “Ia Perbuatan Mengarut & Boleh Mendatangkan Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN:“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Salma Syahbuddin