“Semoga Ini Yang Terakhir” – Gara-Gara Nyanyian ‘Sumbang’, Netizen Tak Mahu Keisya Levronka Datang Malaysia Lagi?

Penyanyi terkenal negara seberang, Keisya Levronka sebelum ini menjadi perbualan hangat di serata media sosial lebih-lebih lagi selepas nyanyiannya dikatakan ‘sumbang’ di persembahan pentas berprestij Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23.

Ekoran itu, menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik oleh Keisya di akaun rasmi Twitter miliknya, pelantun lagu Tak Ingin Usai itu berkata akan hadir ke tanah air untuk menyanyi.

‘Hari ini ke Malaysia lagi, buat nyanyi lagi,” tulisnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, nama Keisya dipetik rata-rata netizen Malaysia untuk tidak hadir ke ibu kota kerana nyanyiannya yang tidak seberapa ketika siaran langsung.

Menerjah ke ruangan Twitter, ramai dalam kalangan netizen Indonesia kurang senang dengan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap Keisya gara-gara persembahannya itu.

Ia susulan seorang pengguna Twitter membalas ciapan Keisya itu dengan berkata,

“Semoga ini yang terakhir ya. Please jangan kesini lagi. Suaranya asik macam itu saja. Tak ada pembaikan. Merugikan saja undang kamu kesini,” tulis netizen berkenaan.

Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen yang memberi nasihat kepada Keisya untuk belajar vokal dahulu sebelum membuat persembahan secara langsung.

Menerusi ciapan lain, Keisya turut memuat naik ciapan yang mengakui dia sedih namun dalam masa yang sama sangat teruja.

Namun begitu, ciapan tersebut mengundang amarah netizen Indonesia kerana didakwa hanya memalukan warga tempatan di sana akibat sering melakukan perkara sama di setiap persembahan.

“Saya tidak faham tujuan Keisya tulis ciapan seperti ini tetapi amat memalukan penyanyi ini terus melakukan kesilapan yang sama pada setiap acara yang dilakukan,” tulis netizen berkenaan.

Aqilah Paharuzi