‘Kami Berpisah Cara Baik’- Bekas Isteri Radhi OAG

Isteri kepada vokalis OAG iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri mendakwa penyanyi terbabit sudah melafazkan talak pada 25 Mac lalu.

Nur Shahira Ayu atau dikenali sebagai Ayu menjelaskan, dia tidak mengetahui tujuan Radhi memuat naik gambar lama mereka berdua sedangkan sudah tiada apa-apa ikatan.

“Radhi sudah melafazkan cerai pada hujung Mac lalu, justeru itu, dalam tempoh terdekat akan ada pengesahan mengenai penceraian ini.

“Sejujurnya saya tidak mahu membuka mulut mengenai status perkahwinan kami, namun ramai yang bertanya kerana Radhi banyak memuat naik gambar lama kami. Malah, ada juga keliru sama ada saya masih berhijab gara-gara gambar itu.

“Kami sudah lama tidak tinggal sebumbung, namun masih berkomunikasi dengan baik demi anak-anak. Biarlah punca perpisahan tidak dikongsikan kepada umum kerana ia bersifat terlalu peribadi,” katanya.

Nekad dengan keputusan yang diambil, Ayu menjelaskan enggan meneruskan lagi perkahwinan yang dibina selama lima tahun itu. Ayu kini tinggal bersama ibu bapanya di Kota Damansara bersama anaknya iaitu Nur Aisyah dan Muhammad.

Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Sebelum ini, Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdi Mu slim yang kini berusia 14 tahun.- BH Online.

SGMS Enal