Hiburan By: Padin April 9, 2022 @ 12:34pm

“Kami Dikecam ‘Berkiblatkan’ BTS, Perosak Industri”- Da Unknown Akui Terasa, Tapi….

Kumpulan Da Unknown mengakui terasa hati apabila dikecam dengan pelbagai tohmahan semenjak menceburkan diri dalam bidang muzik.

Terkenal dengan lagu Jangan Marah (Baby Sayang), kumpulan yang dianggotai oleh Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 20, Adam Hafidh (MaryHaf), 20, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 19, Ameer Nor Azam (Ameer), 19, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 18, ini tidak memberikan sebarang respons terhadap kejian netizen.

“Ada orang cakap kami kumpulan baru akil baligh. Paling teruk, ada yang cakap kami perosak industri dan ‘berkiblatkan’ BTS memandangkan kami menampilkan lima jejaka sebagai ahli kumpulan.

“Kami akui kami terasa, siapa tak terasa kan bila dikritik sebegitu? Kami dah berusaha dan keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan, ibarat usaha kami sia-sia.

“Mengenai BTS, kami tak tiru langsung pun. Kami mempunyai identiti sendiri. Semua kritikan netizen tidak kami jawab, kami hanya membiarkan sahaja.

“Kami akan cuba memperbaiki diri kami dan memberi kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang,” kata Momo mewakili kumpulan ini.

Dalam pada itu, Da Unknown yang bernaung di bawah Ace Talents ini turut mengakui lagu Jangan Marah (Baby Sayang) lebih dikenali berbanding diri mereka.

“Lagu terbabit viral di TikTok dan digunakan oleh ramai netizen. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik biarpun orang tidak mengenali kami lagi.

“Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti dan mendapat respons baik.

“Kami juga menghadiri pelbagai kelas seperti kelas tarian, kelas vokal dan belajar cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang ramai untuk memantapkan lagi kumpulan kami,” kata Zaq pula.

Da Unknown ditemui di majlis berbuka puasa Ace Talents bersama anak-anak yatim dan perlancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Ampang pada Jumaat.

Selain Da Unknown, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Chubb- E, Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.

Yakin lagu OoTD Raya bakal mendapat tempat, single nyanyian Moleque, Da Unknown, Zarol Zarif, Aliff idham dan Al Farabi ini mempunyai keunikan tersendiri.

Lagu OoTD Raya merupakan ciptaan Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talents ini adalah bukti kemampuan mereka dalam memberikan produk seni yang berkualiti.

“Memang setiap tahun akan ada lagu raya baharu yang dikeluarkan ramai penyanyi. Cumanya kami tidak melihat lagu OoTD Raya ini sebagai saingan mana-mana lagu raya lain.

“Di Ace Talents kami sentiasa mahu wujudkan kelainan. Menerapkan konsep yang sama untuk lagu ini menjadi harapan kami agar lagu ‘OoTD Raya’ ini mendapat tempat di hati pendengar,” jelas Azuein.

Muzik video OoTD Raya dicipta Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talents ini akan dilancarkan pada 11 April jam 8 malam di saluran YouTube Ace Talents.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Sep 2020
Featured Sun, 18 Sep 2022

Percutian Fizo Omar Disindir Peminat, Netizen Dakwa Mesti Guna Duit ‘OctaFX’

Percutian pelakon Fizo Omar dan isteri baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Ada antara netizen yang mendakwa duit yang digunakan pelakon itu adalah hasil daripada pelaburan OctaFX.   View this post on Instagram […]

Cahaya Mata Wed, 28 Dec 2022

Sedih Jauh Dengan Keluarga, Sajat Lebar Sayap Buka Perniagaan Di Australia

Usahawan kontroversi, Nur Sajat mendedahkan dirinya sedih setelah lama berjauhan dengan keluarga. @sajatperempuanfuh Replying to @mariabritneyyy ANAK-ANAK ADALAH KEKUATAN SAJAT #fyp #fypシ #sajat #nursajat #foryou #viral #fypシ゚viral ♬ original sound – SajatNur Menerusi hantaran yang […]

Featured Wed, 7 Sep 2022

Jenayah Atau Aib? Peguam Ulas Isu Puteri Balqis – “Kes Boleh Jadi Rumit Sebab…”

Alamak, boleh jadi rumit sebab apa tu? 🤯🥲 Moga semuanya baik baik saja

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Trending Sun, 11 Jul 2021

Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma

Pelakon Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, meninggal dunia akibat penyakit asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia, pagi tadi. Khabar duka pemergian anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty ini tular dalam kalangan rakan […]

Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Hiburan Fri, 19 May 2023
Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Sean Kingston 1019来马!与多位本地著名DJ联合演出

知名歌手Sean Kingston将于10月19日(星期六)晚上8时30分,在吉隆坡Quill City Mall举办巡回演唱。

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Penantian 20 Tahun, Exist Kembali Kongsi Pentas

Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Exist, Ajai mengesahkan kumpulan itu bakal membuat konsert reunion tahun ini. Selepas 20 tahun tidak mengadakan persembahan bersama, Ajai dan ahli kumpulan lain bakal mengubati kerinduan peminat dalam konsert itu […]