‘Kami Masih Baik’- Awi Rafael

Penyanyi Awi Rafael mengaku hubungannya dengan bekas tunang, Atikah Suhaime masih baik meskipun tidak jadi kahwin pada Mac lalu.

Kata Awi ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video Seloka Raya anjuran Warner Music Malaysia baru-baru ini, dia dan Atikah tidak pernah menyimpan dendam.

“ Kami masih berkawan dan saya gembira melihat kehidupannya yang semakin positif.

“ Tiada pergaduhan antara kami dan saya gembira melihat keadaanya sekarang,” katanya yang akur dengan takdir.

Pasangan selebriti ini pernah mengejutkan dunia hiburan apabila membatalkan perkahwinan di saat akhir.

Awi sebelum ini memohon maaf kerana terpaksa menarik diri dari perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 17 Mac lalu selepas setahun bertunang.

SGMS Enal