“Kami Memang Rapat Sejak…” – Tular Video Mesra Berpegangan Tangan & Berpelukan Dengan Tiz Zaqyah, Ini Respons Keith Foo!

Sebelum ini, tular video mesra pelakon Tiz Zaqyah dan Keith Foo berpegangan tangan dan berpeluk di media sosial.

Susulan itu, status hubungan mereka menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat dan warganet.

Memetik laporan mStar, Keith Foo, 40, tampil membuka mulut bagi menjelaskan hubungan mereka.

Jelas Keith, dia dan Tiz sudah lama berkawan rapat malah tiada istilah cinta seperti sangkaan orang ramai.

“Tak perlulah saya komen fasal hal itu. Tiada apa pun yang istimewa. Kami memang rapat sejak dari dulu lagi.

“Terpulanglah kepada orang ramai nak fikir apa,” katanya.

Tambah, Keith juga menjelaskan mengenai hantaran yang dibuat oleh akaun sebuah jenama produk kecantikan di Instagram baru-baru ini.

“Saya tahu orang akan bercakap tentang hal itu… tapi saya tak ambil pusing atau memberi respons. Saya juga tidak membaca komen di media sosial.

“Ia sekadar hubungan dalam perniagaan dan kami saling menyokong antara satu sama lain,” jelasnya.

Sekadar info, Keith Foo pernha mendirikan rumah tangga bersama Kim Raymond pada November 2015.

Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond Foo, 6.

Sumber: mStar

Atiqah Johari