Pengacara yang juga kakak kepada Harris Annuar iaitu Nadia Annuar, 39, mengejutkan ramai pihak apabila tampil melepaskan hijabnya pada ulang tahun kelahirannya yang ke-39 hari ini.

Perkara tersebut dikongsi Nadia menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Nadia kelihatan memuat naik foto tanpa hijabnya dengan memakai pakaian berwarna hitam.

“Alhamdulillah bertambah setahun lagi usia. Apa yang kita anggap sebagai kekuatan terbesar kita sebenarnya adalah kelemahan kita.

“Saya telah melalui banyak perkara sejak beberapa tahun ini dan semuanya yang berlaku dijadikan pengajaran. Ada yang baik ada yang buruk tapi segalanya perlu dilakukan dan diteruskan.

“Walaupun segala keburukan itu saya anggap sebagai kekurangan diri saya. Saya berharap agar Allah terus mengurniakan kekuatan untuk saya terus menjalani kehidupan ini dengan cara yang dikehendaki,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut bekas pengacara Wanita Hari Ini itu meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran terbabit.

Malah, ada yang menitipkan pesanan agar Nadia mengenakan semula tudungnya kerana tampak lagi manis dan sopan.

 

Salma Syahbuddin