“Kami Memang Selesa Bersama…”- Kenal Sejak Dua Tahun, Daiyan Trisha Akui ‘Sayang’ Nazreem Musa

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sebelum ini dilihat sering berkongsi foto bersama pempengaruh fesyen yang juga merupakan abang kepada pelakon dan pengacara, Ummi Nazeera iaitu Nazreem Musa menerusi laman sosial miliknya sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Mengakui menyayangi Nazreem, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Nasaruddin, 28, bagaimanapun menegaskan bahawa hubungan yang terjalin sejak dua tahun ini dianggap tidak lebih dari sayang kepada seorang kawan baik.

“Saya memang rapat dengan Nazreem. It’s like a bestfriend! Mungkin kita sangat rapat dan banyak pergi even bersama-sama jadi orang ingat kami bercinta.

“I love him! Kami kenal kawan sejak dua tahun. Dan saya rasa masa mula-mula tu dah memang click, memang rapat. Saya sayang dan selesa bersama each other,” katanya kepada Xtra.

Selain itu, Daiyan yang lebih gemar bersikap ‘privasi’ ini mengakui mahu lebih fokus terhadap kerjaya seninya terlebih dahulu.

“Saya ni seorang yang sukakan privasi, Tapi walaupun privasi bukan bermakna rahsia 

dan peminat mungkin boleh tahu/nampak sama ada saya ada ‘seseorang’ atau tidak” jelasnya.

Pelantun lagu Penat ini ditemui ketika majlis pelancaran telefilem Rompak yang diadakan di The Finch KL, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain Daiyan, telefilem ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Zizan Razak, Chubb-E, MK K-Clique, Tony Eusoff dan Siti Kadhijah Halim.

 

 

Salma Syahbuddin