Zizan Razak Malas Mahu Rasa Tertekan Soal Jodoh -“Saya Anggap Itu Kerja Allah”

Seringkali gagal dalam percintaan, pelakon, penyanyi dan pelawak popular, Zizan Razak mengakui tidak pernah berasa tertekan dengan soalan yang sering diajukan oleh pihak media mengenai soal jodohnya.

Bagi Zizan, kegagalan sebelum ini menjadikan dirinya lebih matang dalam kerjaya dan kehidupan.

“Tertekan tu tak ada. Sebab saya rasa dulu bila rasa tertekan saya ada kerjaya, tempat untuk saya lepaskan. 

“Buat masa sekarang ni tak ada benda buat saya stress. So, kadang orang yang pernah dikaitkan dengan saya, saya nampak dia berbahagia, saya doakan mereka berbahagia. so, memang tak ada benda yang buat saya stress,” katanya.

Plan Kahwin Umur 25 tahun

Berkongsi rancangan awalnya untuk mendirikan rumah tangga, Zizan mengakui usia 25 tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk menamatkan zaman bujang namun, perancangan Allah itu lebih indah berbanding manusia.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 37, apa yang terjadi adalah ketentuan takdir dan menerima segala yang berlaku dengan reda.

“Selepas saya cuba sebelum ni, ada juga yang nak kahwin tapi tidak menjadi, saya ingat itu kerja Allah. Jadi saya tak boleh marah. so, saya berjalan dengan apa yang ada didepan mata. Dengan apa yang diberikan kepada saya seperti rezeki perniagaan, kerjaya dan banyak lagi. So saya fikir, tak ada benda yang buat saya tak bersyukur kepada Allah,” jelasnya.

Bagi Zizan, dia tidak serik jika betul ditakdirkan mempunyai hubungan dengan mereka yang terlibat dalam industri seni selepas ini.

“Saya tidak kisah. Pasal jodoh artis ke orang biasa ke, saya memang tidak kisah. 

“Sebab apa yang kita tengok adalah pengakhiran seseorang itu kita tidak tahu. so jangan judge! katanya kepada Xtra.

Terdahulu, Zizan tampil memuat naik foto bersama kereta idamannya jenis pacuan empat roda, Hilux yang dibelinya bagi memudahkan pergerakan atas faktor kerjaya sekali gus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

 

Salma Syahbuddin