#SeoulSaranghae : “Macam Ni Bagus, Dah Halal Baru Upload Gambar…” – Netizen Teruja Park Shin Hye Muat Naik Gambar Pertama Bersama Suami

Perkahwinan bintang siri drama popular, Memories Of Al-Hambra, Park Shin Hye ternyata mendapat respon positif dalam kalangan peminatnya di seantero dunia.

Malah,  perkongsiannya dilaman instagram baru-baru ini turut mencuri perhatian followers beliau apabila pertama kali memuat naik gambar bersama suaminya, Choi Tae Joon.

Perkahwinan yang berlangsung pada 22 Januari 2022 di sebuah gereja di Gangdong-gu Seoul, Korea Selatan itu turut dihadiri oleh rakan selebriti popular seperti Lee Min Ho, D.O (EXO), Lee Hong-ki (FT Island), IU, Nam Goong-min, Crush, Zico, Seolhyun, Lee Se-young, Yoo Yeon-seok, Ryu Jun-yeol, Kim Bum,  Lim Seul-ong (2AM), Chang Sung (2PM) dan ramai lagi.

Terdahulu pada November lalu, Shin-hye mengejutkan peminat apabila mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertamanya.

Salma Syahbuddin