Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2019 @ 11:29pm

‘Kami ‘Okay’ Je…’- Fitri Haris

Penyanyi, Fitri Haris mengakui hubungannya bersama anggota kumpulan UNIC boleh dianggap sebagai ‘okey’ sahaja buat masa ini.

Sebelum ini, kumpulan dianggotai oleh Fakhrul, Bazli dan Najdi kesal dengan tindakan Fitri masih menyanyikan lagu mereka setiap kali menjayakan persembahan.

“Kalau melihat secara mata kasar, kami ‘okey’ saja cuma ada beberapa perkara belum selesai sepenuhnya.

“Apa boleh saya katakan, perkara ini masih dalam proses untuk diselesaikan dengan cara terbaik,” katanya.

Fitri ditemui pada sidang media konsert Nur Ramadan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), berkata dia sudah dinasihati untuk berhati-hati daripada memberi sebarang kenyataan berkaitan.

“Apa sekali pun saya akan buat kenyataan cuma bila belum tahu lagi. 

“Apa yang boleh saya cakap secara paling tepat, hubungan kami hanya bersandarkan profesional, itu saja,” katanya.

Dalam pada itu, Fitri mendedahkan diminta penganjur konsert Nur Ramadan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 27 April ini, untuk menyanyikan dua lagu UNIC.

Katanya, pada asal senarai lagu pilihannya adalah Yang Terindah versi GGV, Wahai Kekasihku dan Hanya Tuhan Yang Tahu 2018.

“Kemudian selepas itu dapat mesej dari penganjur (DBKL) untuk tukar dari Yang Terindah versi GGV kepada Zinnirah versi GGV.

“Saya dapat tahu perkara ini agak lambat, saya ada bertanya pada pihak pengurusan, okey ke tidak (nyanyikan lagu UNIC) padahal saya ada mencadangkan lagu Suara Azan dan Hanya Kamu (duet dengan Awi Rafael),” katanya.

Bagaimana pun, Fitri percaya penganjur ada sebab tersendiri meminta dia menyanyikan lagu UNIC walaupun kumpulan itu turut dijemput membuat persembahan pada malam 27 April nanti.

“Kalau penganjur nak kami nyanyi sama-sama saya terima saja. Saya nyanyi ikut apa yang diminta penganjur,” kata Fitri.

Selain Fitri dan UNIC, artis lain turut terbabit dalam konsert bermula jam 8.45 malam itu adalah Hafiz Hamidun, Lah Ahmad, Akhil Hayy dan kumpulan Mirwana.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 Jul 2022
Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Featured Thu, 6 Apr 2023

“Kalau Tak Ada Tiga Benda Ni, Rumah Tangga Tak Akan Kekal…” – Tajul Ariff Kongsi Tips Kahwin Muda 

Nak berkahwin di usia muda ni bukan senang guys 😣 Make sure betul betul ready ok!

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

第75届金球奖 《意外》横扫4奖项成大赢家

第75届《金球奖》于马来西亚时间8日早上9时盛大举行!《意外》横扫4奖项成为本届大赢家;影帝由凭着《最黑暗的时刻》精湛演出获得肯定的盖瑞欧德曼,而影后则是由《意外》法兰西斯麦多曼摘下宝座。

Featured Fri, 11 Nov 2022