Categories: HiburanSelebriti

‘Kau Pun Sama’ Bukan Gimik Cinta Dengan Ernie

Baru-baru ini, penyanyi Syamel ada memuatnaik sekeping gambar dengan status yang menggambarkan dirinya seolah sedang jatuh cinta.

Melihat kepada status di laman Instagram miliknya, rata-rata netizen menganggap Syamel menujukan kapsyen berkenaan kepada penyanyi Ernie Zakri yang sering digosipkan dengan penyanyi ini.

Lebih menguatkan anggapan apabila Syamel juga memetik (tag) nama Ernie Zakri di gambar tersebut. Sweet je…

Akan tetapi, Syamel menafikan posting berkenaan berhubungkait dengan gosip percintaanya kerana sebenarnya status tersebut mengenai single terbarunya.

“ Saya mahu beritahu peminat tetapi bukanlah dengar secara direct, lebih kepada secara tak langsung.

“ Saya turut tag nama Ernie kerana dia bekerjasama menghasilkan lagu ini,” katanya.

Walau bagaimanpun, Syamel memaklumkan lagu tersebut bukanlah lagu duet bersama Ernie.

“ Bukan gimik ya cuma satu kelainan yang membuatkan netizen tertanya-tanya. Netizen yang anggap itu sebuah gimik, anda harus berfikiran di luas.

“ Dipendekkan cerita, kita perlu tahu beza gimik untuk sesuatu perkara yang apa yang patut atau sebaliknya,” akhiri Syamel.

Lagu Kau Pun Sama itu dilancarkan di saluran YouTube pada pukul 2 petang, Jumaat.

 

SGMS Faida