Categories: Gaya Hidup

Nak Suara Selunak Siti Nurhaliza, Amalkan 6 Petua Ini Setiap Hari

Suara yang merdu dan sedap didengar lazimnya dimiliki oleh para qari, qariah, penyanyi, penyampai radio serta mereka yang menggunakan suara sebagai sumber pendapatan.

Kita yang mendengar bacaan, nyanyian ataupun celoteh mereka pasti terpesona atau terhibur. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan suara sebegitu?

Kalau sememangnya sejak azali sudah semula jadi lunak, itu merupakan satu keistimewaan kurniaan Allah SWT. Yang pasti, ada petua tradisi yang dapat memperbaiki suara seseorang sekali gus mendapatkan suara lunak dan merdu.

1. Air limau nipis

Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa.

Foto: greatlifeandmore.com

2. Segelas air setiap pagi

Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau mengosok gigi.

3. Madu

Amalkan minum madu asli setiap pagi dan malam. Caranya, letakkan satu sudu madu asli ke dalam air sejuk dan minum, InsyaAllah, ia sangat berkesan.

Foto: sunnahtreatments.com

4. Jaga pemakanan dan minuman

Jangan mengambil makanan yang banyak minyak dan santan. Elakkan juga minum minuman berais termasuk teh dan kopi.

5. Menjernihkan kerongkong

Selepas bangun tidur, masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam kerongkong dan anak tekak sampai keluar air yang berlendir. Lakukan ini sebelum memberus gigi sebab kalau dah berus gigi, lendir itu sukar untuk dikeluarkan.

6. Titiskan air di dalam hidung

Titiskan air dalam lubung hidung dapat mengeluarkan lendiran yang terdapat di dalam hidung dan juga kerongkong.

Foto: everydayhealth.com

Sumber: 1001 Petua

Yanie Baharom