Ke Mana Hilangnya Aura Ayda Jebat?

Penyanyi yang meledak dengan lagu Pencuri Hati ini dilihat agak ‘tenggelam’ jika dibandingkan dengan di tahun awal kemunculannya. Betul ke?

Menurut Ayda Jebat, sebagai seorang selebriti, sudah pasti dirinya tidak terkecuali melalui zaman turun naik. Itu adat bukan

“ Tidak mungkin setiap tahun saya mampu berada di puncak.

“Mesti ada tahun peak dan tahun untuk menyimpan tenaga untuk kembali berada di puncak.

“Tak boleh juga kalau tiap-tiap tahun muka yang sama berada di puncak,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Penyanyi berusia 26 tahun ini juga tidak melatah apabila dikatakan sudah hilang ‘aura’.

“Kalau ada yang kata begitu, saya terima sahaja. Selagi saya ada pengambaran, show dan permintaan, bermakna saya masih relevan,” ujarnya

SGMS Enal