Gmail for iOs Kini Menerima Ciri Bayaran Google Pay

Kalau korang selalu menggunakan Gmail for iOs, semak App Store segera dan korang akan mendapati update terbaru untuk aplikasi berkenaan berserta ciri-ciri baru!

Apa yang menarik untuk kemaskini Gmail for iOs terkini, ia mula menerima ciri bayaran Google Pay yang membolehkan korang ‘membayar sesiapa saja menggunakan alamat emel’ berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pereka aplikasi itu.

Korang boleh mengakses ciri itu dengan menekan butang attachment dan terus scroll ke bawah. Dari situ, korang akan nampak pilihan untuk menghantar atau menerima duit dari aplikasi.

Ternyata, Google kini memperbaharui aplikasi bayaran Apple sendiri, yang mana tidak boleh digunakan dalam Gmail sebelum ini. Senangkan lepas ni?

Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal