Kekal Awet Muda Diusia 51 Tahun, Sheila Rusly Dikagumi Kaum Wanita – “Macam 15 Je”

Biarpun sudah berusia 51 tahun, penerbit dan pelakon Sheila Rusly dipuji peminat kerana penampilannya nampak lebih muda dari usianya sekarang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sheila telah memuat naik sebuah video yang memaklumkan dirinya sudah meningkat usia 51 tahun, hari ini.

“Thank you Allah for another day❤️ #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat respons menarik dari kebanyakan kaum wanita yang menganggap penerbit itu kekal awet muda.

Fatin Nurain