“Kekasih Hati Takut Dikecam Lagi Sebab…” – Nurul Shuhada Dedah Punca Ditumbuk Hafidz Roshdi!

Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Lebih parah, Hafidz didakwa menumbuk isterinya itu di bahagian mata sebanyak tiga kali sehingga cedera dan menyebabkan parut kekal.

Susulan itu, ada individu bertanya kepada Nurul Shuhada punca dirinya ditumbuk dan dia mendedahkan bahawa Hafidz kantoi masih berhubungan dengan Athira Yuhada buat kali kedua.

“Sebab dia kantoi for the second time dengan Shu even before dia lafaz cerai pun, pihak sana buat permohonan maaf takkan contact segala mak nenek tapi diorang still berhubungan,” jelasnya.

Kata Shuhada, Hafidz bertindak sedemikian kerana takut dengan kesalahan sendiri dan kekasihnya takut dikecam lagi seperti sebelum ini.

“Hafidz takut degan bayang-bayang dan kesalahan dia sendiri, tiada provokasi, hanya ketakutan dalam diri bakal kena viral sebab kekasih hati takut kena kecam lagi,” dedah Shuhada.

Terdahulu, Hafidz telah melafazkan cerai talak satu kepada Shuhada dihadapan keluarga menerusi panggilan telefon.

Artikel Berkaitan: Pipi Bengkak & Terkoyak, Nurul Shuhada Kongsi Foto Keadaan Muka Ditumbuk Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: “Saya Ditumbuk & Dipermainkan Dengan Nama Allah” – Buat Pendedahan, Shuhada Dakwa Adik Ipar Bersekongkol Dengan Hafidz Roshdi?

Artikel Berkaitan: Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri, Wanita Ganggu Rumah Tangga Hafidz Roshdi Akhirnya Dedah Punca Sebenar

Artikel Berkaitan: Pipi Koyak Ditumbuk, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Bersuara – “Hiduplah Kau Dengan Bayang Aku Sampai Mati… Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Ini!”

Atiqah Johari