Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 4, 2023 @ 5:00pm

Keluarga Terkesan, Shuib Buru John Dihani… Heret Ke Mahkamah – “Fitnah Melampau, Nampak Macam Saya B*n*h Isteri Saya”

Pelawak dan penyampai radio, Shuib kecewa atas tuduhan melampau yang dilemparkan individu bernama John Dihani kerana telah memberi kesan mendalam terhadap anak-anak dan kedua-dua pihak keluarga.

Shuib ketika ditemui di sidang media sebentar tadi berkata tuduhan fitnah tersebut seakan memberi satu kekeliruan berat terutamanya apabila melibatkan tentang pemergian allahyarham Siti Sarah.

“Keluarga mentua, keluarga saya dan anak-anak sudah tentu terasa. Bayangkan, anak saya tanya ‘betulkan ibu mati bukan pasal Covid?’ Nak jawab apa dengan anak?

“Fitnah ini mendatangkan kekeliruan sebab saya adalah orang terakhir bersama arwah dan tengok dia dalam beg plastik mayat.

“Tapi bila cerita bodoh ini keluar, sudah tentu la saya marah, sakit hati. Saya tidak kisah orang nak fikir saya ahli freemason sebab benda tu 100% tak betul.

“Bila nama arwah Siti Sarah, isteri saya terlibat disitulah saya turning point buatkan saya tak boleh ambil mudah isu ini. Orang yang saya sayang dah tiada, fitnah ini terlalu b*d*h!

“Nampak macam saya ini membunuh isteri saya… sebab tu saya kata tuduhan ini bukan satu tuduhan yang biasa… tuduhan ini terlalu berat,” katanya lagi.

Sementara itu, Shuib berkata terdapat beberapa individu lain yang melemparkan tuduhan sebegitu sehingga kini masih dalam siasatan peguam.

Katanya, Shuib sedang menanti individu bernama John Dihani kerana melemparkan tuduhan melampau serta bersikap kurang ajar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Hantaran dia di Instagram buatkan saya rasa terlalu melampau apabila dia menjawab komen netizen yang seakan mengiyakan saya ‘mengorbankan’ isteri.

“Ada netizen komen di post dia kata ‘katanya ahli dah lama, sebab tu ada kata SS (Siti Sarah) jadi mangsa korban ikutkan dia tak nak ditidurkan.. betul ke tak? Tak tahulah’

“Kemudian si John ni balas komen tersebut kata ‘pandai… yang tahu je tahu (ytjt)’, maksudnya kau (John) nak tuduh aku bunuh isteri aku?,” ujarnya dalam nada berang.

@xtra_my

Replying to @Mael Din Nampaknya John Dihani dah minta maaf secara terbuka kat IG dia tu, tapi Shuib terima ke? 😌😌 #fyp #xtramy #shuibsepahtu #johndihani #saman #fitnah #freemasons #mahkamah #sembangentertaiment #beritaditiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

Jelas Shuib, John mengirim mesej peribadi kepadanya di Instagram memohon maaf serta mengajak untuk berjumpa.

“John Dihani, saya memang nak sangat awak. Saya tau alamat awak, nombor telefon awak. Awak memang paling power, setakat ini dia paling kurang ajar.

“Semalam dia dm saya ajak jumpa tapi saya cakap tak, bagi peguam saya jumpa dia dulu dan saya percaya sekarang John sudah terima surat dari peguam saya dan berjumpa di mahkamah nanti.

“Dia sebut pasal keluarga saya, arwah isteri saya yang betul-betul tak berasas langsung. Tapi dia boleh buat macam dia tak buat salah langsung dengan saya.

“Cara dia dm dan balas tu memang macam tak ada rasa sebersalah. Kalau dia rasa dia hebat sangat, jom jumpa saya,” katanya.

Sementara itu, Shuib memaklumkan segala isu yang terjadi selepas ini akan terus dihadapkan kepada pihak pengurusan peguamnya sahaja.

“Apa sahaja isu selepas ini saya dah tak akan beri muka dan terus kepada peguam saya saja.

“Saya malas nak pening sebab saya nak beri pengajaran. Kalau dia rasa dia dah hebat menulis, dia perlu hebat untuk tanggung apa yang dia dah tulis,” ujarnya.

Sebelum ini, Shuib memaafkan salah seorang individu yang mendakwa dirinya adalah ahli freemason serta mengaitkan soal kematian arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Individu dikenali sebagai Zulhairi, 35, bertemu Shuib empat mata dan memohon maaf secara terbuka atas kekhilafan yang memberi kesan setimpal terhadap keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Maafkan Individu Dakwa Ahli Freemason & Kaitkan Kematian Arwah Siti Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Joey BPR Kemalangan Patah Tulang Rusuk

Susulan nahas itu, Joey turut mengalami patah empat tulang rusuk.

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Kongsi Gambar ‘Baby Bump’, Juliana Evans Bakal Jadi Ibu

Alhamdulillah! Semoga urusan melahirkan anak sulung nanti dipermudahkan oleh Allah SWT, Amin…

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Rancak Bina Nama Di Hollywood, Cinta Laura Belum Fikir Soal Teman Lelaki

Jika ada kekasih nanti, ada syarat yang harus dipenuhinya…

Events Mon, 7 May 2018

Don’t Forget to Meet Your Favourite Malaysian YouTuber The Ming Thing

Mark your calendars because The Ming Thing is going on a campus tour.

Hiburan Sun, 20 Jul 2025

Dakwaan ‘Penyondol’ Jejas Reputasi, Ganggu Kesihatan Mental… Alya Iman Buat Laporan Polis

Alya Iman nafi jadi punca keretakan rumah tangga Zizi Kirana & Yusuf Bahrin.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

Wow! Anak ikan? Luar biasa ek Afieq Shazwan 🥵 Agaknya siapa Sugar Mommy Afieq? 🤭

error: Content is protected !!