Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 4, 2023 @ 2:30pm

Shuib Maafkan Individu Dakwa Ahli Freemason & Kaitkan Kematian Arwah Siti Sarah

Pelawak dan penyampai radio sensasi, Shuib telah memaafkan salah seorang individu yang menabur fitnah kepadanya berkaitan ahli freemason serta mendakwa allahyarham Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan.

Menerusi sidang media berlangsung di Cheras sebentar tadi, individu dikenali sebagai Zulhairi Abu Osman, 35, tampil bersua muka dan memohon maaf secara terbuka kepada Shuib atas tindakannya itu.

Zulhairi mengakui menyesal atas perbuatannya yang telah memberi kesan terhadap keluarga Shuib dan keluarganya sendiri.

“Posting yang disebut Shuib sebenarnya ambil daripada individu lain. Saya share dari salah seorang netizen yang komen di Facebook.

“Saya copy and paste komen tersebut dan share di laman Facebook saya. Secara tak langsung, posting tu nampak macam saya yang tulis sendiri.

“Saya mengaku ini adalah silap dan khilaf terbesar yang saya timbulkan dan saya akan tanggung perkara ini.

“Isu ini telah memberi kesan buruk kepada abang Shuib sekeluarga, dan diri sendiri. Saya betul-betul menyesal dan memang saya tak akam buat lagi sebab akaun media sosial saya semua dah tak ada dan tak akan buka.

“Satu pengajaran besar buat saya untuk tidak menyebarkam sesuatu tanpa usul periksa,” katanya.

Sementara itu, Shuib dalam masa yang sama secara terbuka hati telah memaafkan pelaku serta menganggap Zulhairi seorang bertanggungjawab kerana berani.

“Zulhairi, saya maafkan awak. Tak ada hal. Tak apa saya pun doakan awak. Saya harap kejadian yang berlaku ini tak akan mengganggu pekerjaan, keluarga.

“Semoga urusan awak dipermudahkan.. awak berani datang, berani angkat call saya jadi awak memang gentle.

“Dia ada usaha nak cari saya, hati saya sejuk sikit sebab orangnya beradab. Mungkin silap dia post, dan hari ni dia datang jumpa saya.

“Terima kasih banyak.. maksudnya awak memang orang yang sangat bertanggungjawab,” katanya.

Sebelum ini, heboh di platform media sosial berhubung dakwaan Shuib merupakan ahli freemason serta mengaitkan kematian arwah Siti Sarah yang difitnah dipaksa untuk ditidurkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Didakwa Ahli ‘F’, Shuib Hilang Sabar! Gesa Individu Tabur Fitnah Bersua Muka – “Ada Masa 24 Jam, Meh Cari Aku!”

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Keluar Kenyataan Biadap & Fitnah Melampau Akhirnya Tampil Hubungi Shuib

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Mon, 19 Jan 2026

“Jujur Saya Tak Nak Kembali Ke Tahun 2016 ”- Shila Amzah Enggan Ulang Detik ‘Sengsara’ Dalam Hidup

Shila Amzah mengakui tidak mahu kembali mengulangi fasa hidupnya pada tahun 2016.

Hiburan Fri, 8 May 2026

Awie ‘Berkurung’ Di Studio Tiga Bulan Demi Konsert ‘Awie Rock King – Last Man Standing’, Risau Faktor Kesihatan Jejaskan Persembahan

Awie mendedahkan proses perbincangan bagi merealisasikan konsert tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan

Trending Thu, 15 Jul 2021
Featured Fri, 25 Apr 2025

“Tak Pernah Habis Dari Saya Kecil Sampai Besar” – Sebak! Nabila Huda Reda Terpisah Dengan Bapa

Pelakon popular, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, gagal menahan sebak selepas diajukan soalan mengenai bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Amy Search.

Hiburan Sat, 23 Nov 2024

Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuantan, Allan Andersn Bersyukur Lolos Ke Peringkat Seterusnya

Allan Andrsn turut mencuba nasib sertai uji bakat Calpis Soda OIAM di Kuantan.

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

原腾凭电影《乐园》上海勇夺新人影帝

第22届《上海国际电影节亚洲新人奖》原腾首尝影帝滋味!两届影帝陈泽耀秦勇「王见王」同台飙唱。

error: Content is protected !!