Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 19, 2024 @ 12:29pm

Kembali Bergelar Isteri, Anim Ezati Ada Sebab Rahsiakan Perkahwinan – “Kalau Cerita, Orang Buat Spekulasi & Kaitkan Dengan Kisah Lama”

Pengacara dan persoanliti TV3, Anim Ezati mendedahkan status terkininya yang telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hati, Ariff.

Memetik laporan OhBulan!, Anim tampil menjelaskan dakwaan orang ramai mengenai hubungannya bersama jejaka tersebut.

Katanya, dia tidak pernah berkongsi mengenai kisah perkahwinan baharunya itu sehinga ramai pihak mula membuat andaian.

“Anim dah kahwin dah, kalau tak kahwin tak akanlah saya nak duduk sebelah mesra macam ini pula kan.

“Saya tak pernah ‘share’ fasal perkahwinan baru ini sampaikan ramai yang buat andaian. Lagi pula saya malas nak kecoh dan sebagainya sebab bila kecoh-kecoh nanti saya kena explain.

“Jadi, siapa yang dah tengok siaran langsung ini dan yang dah tahu saya dah kahwin, doakan sajalah yang terbaik.

“Tak ada istilah ‘getback’ ke apa, tapi ini adalah suami saya yang baharu dan insya-Allah yang terakhir,” ujarnya dalam video berkenaan.

Anim Ezati

Bagaimanapun, Anim tidak berkongsi secara terperinci mengenai tarikh pernikahannya bersama suami baharunya itu.

Sementara itu, pengacara program Malaysia Hari Ini itu menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan berita gembira tersebut gara-gara enggan perkahwinannya itu menjadi buah mulut negatif warganet.

“Sebab apa tak nak bagitahu? Kalau bagitahu nanti akan ada mulut-mulut yang tak sedap untuk didengar. Jadi tak payahlah, dan lebih baik kami bahagia dengan cara kami.

“Bukan niat nak sorok dan rahsiakan mengenai suami saya ke apa, tidak. Tapi kami hidup seperti biasa dengan cara kami. Sama seperti anda semua, kalau kahwin pun ada ja orang yang korang tak jemput.

“Tapi kalau ada tiba-tiba ada pula cakap buat maksiat ke apa, itu masalah orang itulah. Jangan pula salahkan kami sebab kami tak kongsikan perkahwinan kami,” katanya.

Dalam masa yang sama, Anim juga tidak mahu sekiranya ada segelintir pihak yang mula membuat spekulasi dengan mengaitkan perkahwinan kali keduanya itu bersama kisah percintaan yang terputus, sebelum ini.

“Kalau kita buat pengakuan pun orang akan buat spekulasi dan kaitkan dengan cerita lama saya buat apa kan? Jadi kenapa perlu bagitahu semua orang setiap keputusan yang kita buat.

“Yang banyak ‘condemn’ saya itu pun bukan ‘support’ program saya. Kalau yang betul kenal saya, dia akan mendoakan yang terbaik buat saya dan bukannya kecam saya.

“Yang penting kita jangan kacau orang, yang penting saya ada si hitam manis saya ini di sisi,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Anim pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadli Sahudin pada 28 Disember 2019 namun berpisah pada 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Susulan itu sekitar September tahun lalu Anim dikhabarkan berkenalan rapat bersama aktor Taufiq Hanafi namun kisah percintaan mereka turut terlerai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Bersama Jejaka Kulit Gelap, Anim Ezati Dah Kahwin Baharu? – “Okay Kan Taste Kita…Yang Penting Tak Taste Laki Orang”

Artikel Berkaitan: Taufiq Hanafi, Anim Ezati Sedang Bercinta… Harap Hubungan Sampai Ke Jenjang Pelamin – “Dia Pandai Ambil Hati Saya & Keluarga”

Artikel Berkaitan: Anim Ezati Kini Berstatus Ibu Tunggal – “Kalau Boleh, Saya Tak Nak Langsung Kongsi Perkara Begini”

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 May 2026

“Duit Boleh Dicari Tapi Memori Dengan Anak-Anak Sekali Pergi Takkan Kembali” – Rita Rudaini Titip Nasihat Kepada Ibu Bapa

Rita berkata kenangan bersama anak-anak jauh lebih bernilai berbanding harta yang dikejar.

Hiburan Tue, 30 May 2023
Hiburan Thu, 5 Dec 2024
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Nama Semakin Dikenali Gara-Gara Aksi ‘Panas’, Siti Hariesa Lebih Teliti Baca Skrip Sebelum Berlakon

Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Siti Hariesa pun dah move on

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

ADI PUTRA KAHWINI SEMULA ISTERI PERTAMA? 

Pelakon KL Gangster ini dilihat telah berkongsi berita gembira ini kepada semua peminatnya menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman instagram beliau

Featured Mon, 18 Nov 2024

“Ramai Je Isteri Yang Sanggup Berhabis Untuk Keluarganya”- Watie Hanifiah

Watie juga tidak mahu netizen membandingkan cara hidupnya yang lama dengan kehidupan Shuib yang dahulu.

Trending Tue, 26 Feb 2019

Misteri Istana Woodneuk terungkai, bernilai RM14 bilion, tetapi dibiarkan usang

TMJ miliki istana di Singapura yang dijadikan inspirasi untuk filem Crazy Rich Asians

error: Content is protected !!