Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 22, 2023 @ 7:00pm

Kembali Bersama Isteri Kedua, PU Abu Kini Bahagia Hidup Berpoligami…Siap Kongsi Tips! – “Peranan Suami Penting…”

Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu mengakui rumah tangganya kini dalam fasa bahagia dengan dua isterinya, Ain Afini dan Hana Azraa.

Menurut laporan Harian Metro, PU Abu turut memaklumkan hubungan dia dan kedua-dua isteri dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan bahagia dengan kehidupan berpoligami ketika ini. Hubungan kedua-dua isteri juga baik, cuma kami masih belum ada kesempatan untuk beraya bersama sebagai keluarga besar kerana saya bertugas di Madinah,” ujarnya.

Abu yang sering terpalit dengan sebarang kontroversi itu menjelaskan dia sudah rujuk sejak dengan isteri kedua, Hana Azraa, dua tahun lalu selepas mereka bercerai pada April 2020.

“Sebagai lelaki, segala urusan cerai dan rujuk itu datang daripada saya kerana saya yang melafazkannya. Saya juga mahu bina keluarga yang lebih baik dan bahagia ketika ini. Pada masa sama, saya harap doa dan sokongan dari semua,” kongsinya.

Dalam pada itu, Abu turut mengakui dia masih menerima kecaman di media sosial dek kerana isu berkaitan rumah tangganya sebelum ini.

“Saya masih dikecam di TikTok dan kontroversi rumah tangga sebelum ini beri kesan negatif pada saya dan keluarga,” katanya.

Mengulas mengenai kunci rumah tangga dalam kehidupan berpoligami, Abu menegaskan peranan suami sangat penting dalam mencipta bahagia dalam rumah tangga.

“Bukan rumah tangga yang berpoligami saja tetapi rumah tangga secara umum kerana kes cerai bukan babitkan poligami semata-mata. Peranan suami penting untuk membentuk rumah tangga yang bahagia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abu berkongsi dia dan isteri-isterinya kini giat menjalankan perniagaan.

“Saya kini bertugas sebagai Pengurus Operasi Arab Saudi, Persada Global Holidays, sejak Ogos tahun lalu.

“Saya bertugas di Madinah selama setahun sebelum ini dan hanya kembali ke tanah air, tiga bulan sekali untuk bersama keluarga. Selalunya, saya buat panggilan video dengan anak-anak setiap hari.

“Selain itu, saya juga menguruskan perniagaan kursus motivasi di sekolah-sekolah dan syarikat korporat. Dua isteri juga turut menceburi perniagaan,” katanya.

Terdahulu, nama Hana pernah menjadi bualan hangat apabila dia berkahwin dengan Abu pada Mei 2019 di mana didakwa menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Abu dan isterinya, Ain Afini.

Hasil perkongsian hidup bersama, Hana dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen, 3 dan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah, 7, menerusi perkahwinan sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Apr 2018

一看到书就想睡?用「它」阅读立刻变有趣!

对于习惯滑手机吸收新知的现代人来说,看到实体的书本,可能会稍嫌枯燥乏味,甚至读不到几页就就会有睡意来袭、犯困想睡!若你也深受其扰,可以试试(这个)……

Trending Fri, 22 Mar 2024

Ikut Langkah Ni Untuk Memenangi Lampin Applecrumby® Secara Percuma Selama 365 Hari!

Lampin pakai buang menjadi salah satu keperluan asas yang perlu ada di rumah sekiranya terdapat bayi atau anak kecil berusia bawah 3 tahun. Tak dinafikan yang pemakaian lampin pakai buang sangat memudahkan tugas ibu bapa. […]

Featured Fri, 9 Aug 2024

Dihenyak Kecaman & Tuduhan Fitnah, Bapa Hafiz Suip Beri Pesanan – “Ingat Karma, Hari Ni Dia Kena… Satu Hari Awak Pula”

Kesian Hafiz, walaupun dah explain panjang-panjang tetap ada juga yang mulut jahat ek😥🔥

Trending Fri, 23 Jun 2023

Jalaludin Hassan Dedah Punca Sakit, Kesal Tidak Ambil Serius – “Mulanya Saya Rasa Seperti Dah Pulih…”

Semoga jadi iktibar kepada orang ramai.. Min doakan Datuk Jalal cepat sembuh

Trending Fri, 3 Jan 2020
Featured Wed, 6 May 2026

“Saya Cantik Tau, Anak Saya Comel!” – Eyra Hazali ‘Warning’ Wanita Cuba Goda Suami

Eyra Hazali yang juga isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli memberi peringatan kepada segelintir wanita yang cuba mendekati suaminya.

Fab Foodies! Sat, 17 Feb 2018

CAN YOU HANDLE THE HEAT? HERE’S THE 10 SPICIEST KOREAN RAMEN

Korean food has been all the rage lately but can you handle the heat of these 10 noodles?

error: Content is protected !!