Kenapa Dayah Bakar Berdebar Naik Pelamin?

Walaupun kemeriahan syawal masih lagi terasa, namun bagi pengacara, Hos dan usahawan, Dayah Bakar kini mengakui berdebar menunggu detik-detik bahagianya kerana bakal diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Muhammad Hanif Hamidi pda 29 Jun ini.

Menurut Dayah, sebaik sahaja majlis akad nikah selesai, dia dan Haniff akan diraikan pula pada satu lagi majlis persandingan yang akan diadakan di Ampang. Dan, majlis bertandang pula kaan diadakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 7 Julai nanti.

 

“Ketika ini, persiapan majlis masih lagi rancak dilakukan dan kami berusaha menyudahkan apa yang patut. Orang lain teruja beraya, saya pula berdebar nak naik pelmain. Tak apalah, saya sendiri mahu majlis kahwin kami mengambil keberkatan musim raya ini.” Katanya.

Dalam perkembangan lain, Dayah Bakar atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu bakar, 29 turut mencipta lagu berjudul Imamku sebagai simbolik hari bahagia mereka. Lagu ini telah dihasilkan sendiri oleh beliau sejak empat tahun yang lalu.

“Lagu terbabit menceritakan mengenai impian seorang gadis untuk dipertemukan dengan lelaki yang mampu membimbingnya ke jalan kebaikan. Lagu ini tepat meggambarkan tentang perasaan saya yang sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan.Imamku agak istimewa kerana ia mengisahkan tentang harapan semua wanita untuk beretmu dengan cinta sejati dengan lelaki yang bersifat pemimpin. In sha Allah, doa saya dimakbulkan dan saya berharap bakal suami mampu menjadi imam yang akan membanggakan saya nanti.” Jelasnya

Bait-bait perkenalan dengan pasangan?

Dayah mengakui perkenalannya bersama Haniff ialah ketika mereka masih belajar di sekolah menengah yang sama di Seremban. Dan, rumah keluarga juga memang  berdekatan. Malah, Haniff merupakan teman sepermainan Dayah ketika kecil. Tambah Dayah lagi, walaupun kedua-dua mereka mempunyai personaliti yang berbeza namun itulah yang membuatkan mereka serasi antara satu sama lain.

Apapun, buat Dayah Bakar dan Haniff kami di xtra ingin mengucapkan tahniah dan semoga segala urusan dipermudahkan! Dan, kepada semua peminat Dayah Bakar, jangan lupa saksikan Borak Kopitiam setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 7 pagi sehingga 9 pagi hanya di TV3!

Salma Syahbuddin