Gambar Raya Dikecam, Izara Minta Maaf…

Disebabkan terlalu teruja setiap kali bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pelakon Izara Aishah tidak melepaskan peluang bergambar dengan beliau.

Namun apa yang menjadi bahan bualan netizen ketika ini adalah posting berkenaan menerima reaksi negatif daripada netizen.

“ Seperti rakyat Malaysia lain, saya sentiasa teruja setiap kali bertemu Tun Mahathir.

“ Beberapa hari lalu juga sama, tapi saya tersilap langkah apabila memuat naik saat peribadi semasa kunjungan keluarga beraya,” tulisnya menerusi laman Instagram.

Dalam pada itu, Izara turut memohon maaf kepada Tun dan keluarga atas posting berkenaan.

“ Saya kesal apabila ada netizen yang memberi reaksi negatif terhadap posting  tersebut.

“ Buat Tun dan keluarga saya mohon maaf kerana sikap yang terlalu terbuka. Maaf zahir dan batin,” akhirinya.

SGMS Faida