Categories: Trending

Pembantu Trump Undur Diri?

Pembantu Presiden Donald Trump, Joe Hagin, akhirnya meninggalkan Rumah Putih, semalam.

Beliau juga merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam menjayakan pertemuan antara Trump dan ketua Korea Utara, Kim Jong Un di Singapura.

Hagin, 62 yang pernah berkhidmat di bawah tiga presiden Republikan sebelum ini iaitu Ronald Reagan, George HW Bush dan George W Bush akan kembali berkhidmat di sektor swasta.

“Joe Hagin adalah aset penting dalam pentadbiran saya,” kata Trump sambil mengucapkan terima kasih ke atas lelaki itu kerana merancang dan melaksanakan antara lawatan luar negara yang amat bersejarah pernah dibuat presiden selama ini.

Hagin menyertai senarai panjang bekas petugas yang mengundurkan diri dari Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu, sama ada secara sukarela atau kerana dipecat. – AFP

SGMS Faida