Kenapa dengan persembahan beremosi Bradley Cooper dan Lady Gaga di Anugerah Oscars?

Harapan pelakon utama filem A Star is Born, Bradley Cooper musnah apabila gagal memenangi anugerah pengarah terbaik namun Bradley Cooper dan Lady Gaga tidak pulang dengan tangan kosong apabila soundtrack utama filem tersebut berjudul Shallow berjaya memenangi Anugerah Oscar dalam kategori Lagu Terbaik.

Sumber:https://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-6741325/Bradley-Cooper-Lady-Gaga-perform-Shallow-Oscars.html

Anugerah berprestij iaitu Anugerah Akademi ke-91 Oscars 2019 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles dibanjiri para penonton yang terpukau dengan persembahan daripada dua pelakon hebat itu yang menyanyikan lagu Shallow dengan penuh emosi. 

Sumber:https://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-6741325/Bradley-Cooper-Lady-Gaga-perform-Shallow-Oscars.html

Persembahan hebat mereka  bukan sahaja menyentuh emosi tetamu malah turut mendapat standing ovation daripada tetamu yang hadir dalam dewan tersebut,  persembahan mereka kini trending di laman Twitter dan dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen.

Rata- rata netizen begitu terpaku dengan persembahan pasangan ini yang menyanyikan lagu Shallow dengan penuh penghayatan dan emosi sambil memainkan piano. Persembahan ini turut mendapat pujian daripada rakan selebriti terkenal seperti Tyra Banks,  Laverne Cox, Mick Foley.

Sumber:https://twitter.com/tyrabanks/status/1099868535092846592

Sumber:https://twitter.com/Lavernecox/status/1099869103802613761

Sumber:https://twitter.com/RealMickFoley/status/1099868106871185408

Jom kita sama-sama layan persembahan hebat ini!

                                   

Ad Ops