Kenapa Korang Wajib Datang Konsert Prelude AJL33 Sabtu Ini?

Wow! Pastinya yang happening bakal menemui peminat pada Sabtu ini, jadi jangan lepaskan peluang korang untuk bersama-sama menghangatkan persembahan kesemua 12 finalis AJL33 yang akan berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur nanti!

Selain menyaksikan persembahan dari 12 finalis yang bakal beraksi di pentas AJL33, penaja rasmi  iaitu Samsung Galaxy A9 sebelum ini membuka peluang buat semua peminat untuk menyertai peraduan Samsung. Seramai 125 peminat akan diberikan peluang untuk menghabiskan masa selama hampir tiga jam untuk beramah mesra, berinteraksi dan menyaksikan sendiri persembahan artis kesayangan mereka secara LIVE! 

Wow! Nampaknya pemenang bagi peraduan Samsung Galaxy A9 adalah yang pertama dapat menyaksikan persembahan artis pujaan mereka sebelum konsert AJL33 berlangsung pada 3 Februari depan. Untung lah!

Prelude AJL33, showcase diadakan bagi merancakkan debaran Anugerah Juara Lagu yang akan berlangsung pada 26 Januari, Sabtu bertempat di KL Live pada jam 8.30 malam.

Dihoskan oleh Haziq Hussni, Nana Mahazan dan Aaron Al Fateh, konsert prelude turut menampilkan artis seperti Kaer, Amylea, Sufian Suhaimi, Zaaim Mentor, Ismail Izzani dan Nabila Razali dan ramai lagi.

Jadi, jangan lupa saksikan Prelude AJL33 pada Sabtu ini, bertempat di KL Live pada jam 8.30 malam. Atau bolek saksikan di Youtube TV3 Malaysia, Facebook TV3 Malaysia dan Live strim hanya di www.xtra.com.my

Jumpa anda di sana!

Salma Syahbuddin