Kenapa Nadia Brian Panik Di Set Blok 404?

Memegang watak Intan dalam filem Blok 404, pelakon Nadia Brian berkongsi pengalamannya yang tiba-tiba panik untuk satu babak dalam filem ini. Alamak, kenapa tu?

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi memberitahu dia cuwak apabila melihat pisau yang tergantung.

“ Babak itu dilakukan dalam tab mandi. Saya tiba-tiba jadi panik untuk babak pisau yang digantung keliling tab itu,rasa takut pula kalau pisau itu jatuh atas saya. ” katanya.

Bagaimanapun, Nadia bersyukur kerana sepanjang menjalani penggambaran filem ini, dia serta kru produksi tidak melalui perkara pelik. Alhamdulillah…

Filem yang mendapat sentuhan pengarah berbakat, Isma Aizal Yusoof ini mengisahkan cerita pembunuhan seperti dapat dilihat dalam filem keluaran Thailand, Indonesia dan Korea.

“ Watak Intan, seorang gadis yang menjalani kehidupan sosial bersama kekasihnya.

Antara pelakon utama filem itu adalah Nur Risteena, Datuk Boy Iman, Raja Azrey, Zamarul Hisham, Amar Asyraf, Aedy Ashraf dan Fasha Sandha. Jangan lupa serbu panggung wayang bermula hari ini okay!

SGMS Faida