Bahagia! Hasrat Abby Abadi Akhirnya Tercapai

Baru sahaja Abby Abadi dan suaminya, Jai Ezanny menyampaikan hasrat untuk mengambil bayi lelaki sebagai anak angkat, nyata dengan percaturan Allah SWT impiannya itu termakbul dengan sekelip mata sahaja.

Baru sahaja keluar dari hospital akibat demam dan batuk, Abby bersyukur dengan kegembiraan yang baru sahaja diraih. Malah, Abby terus berkongsi berita kehadiran ahli baru dalam keluarganya menerusi akaun instagram miliknya.

Sebelum ini, Abby Abadi mengalami keguguran sebanyak dua kali. Kali pertama sewaktu dia mengerjakan umrah bersama suaminya. Kali kedua pula, sekitar setahun yang lalu, Abby mengalami keguguran ketika kandungannya memasuki tempoh lima bulan, sudah cukup sifatnya.

Sumber: Instagram @abby_abadi112

Comel kan bayi lelaki Abby Abadi ini! Kami di Xtra ingin mengucapkan tahniah kepada Abby dan suami dengan kehadiran si kecil ini. Makin meriah la nampaknya ahli keluarga Abby Abadi ya.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops