Kenapa Netizen Kecewa Dengan Noh Hujan?

Tindakan vokalis Kumpulan Hujan ini ternyata mengundang rasa kurang senang apabila posting yang dimuat naik menerusi laman instagram @hujanband tidak sesuai dengan caption yang beliau tunjukkan.

Bagi netizen, Noh seharusnya menunjukkan contoh yang baik dan menjaga adab memandangkan beliau seorang selebriti dan juga salah seorang aktivis misi kemanusian.

Malah, netizen juga berharap agar kesilapan ini tidak berulang lagi memandangkan peminat beliau terdiri daripada kalangan remaja.

Sumber : Instagram @hujanband

Namun, posting yang dimuat naik itu nampaknya telah dipadam pada Selasa.

Terdahulu, Noh juga telah dihubungi bagi mengulas isu berkenaan namun, beliau enggan menjawab dengan lebih lanjut dan menegaskan bahawa beliau kini fokus terhadap misi kemanusian yang kini sedang berlangsung di Lubnan.

Salma Syahbuddin