Engku Aleesya Cuba Bertutur Dalam Bahasa Melayu Tapi Bunyi Macam…

Comel betul gelagat puteri tunggal kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira dan Engku Emran yang cuba bertutur dalam Bahasa Melayu sewaktu berbual dengan ibunya di dalam kereta. 

Erra memuat naik video yang merakamkan perbualan mereka menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. 

 

“Mari belajar Bahasa Malaysia..Dah bunyi Siam + Cina + India dah anakanda ku seorang ini. 

“Takpe sayang…keep it up!! Practice makes perfect darling! You can do it!!!

“Lepas ni belajar bahasa mom pulak..bahasa Bengkulu..Ape Paro Nga Ngayat Te pek? Mare Badu La..” tulis Erra sebagai kapsyen. 

Menurut Erra, Aleesya sedang belajar untuk memantapkan lagi penggunaan dan pertuturan dalam Bahasa Melayu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut Erra yang terhibur dengan gelagat Aleesya dan memuji kecomelan puteri Erra itu.  

Sekadar info, Erra berkahwin dengan bekas suami, Engku Emran pada 2007 dan mereka dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009 tetapi perkahwinan mereka tidak dapat bertahan apabila mereka berpisah pada 2014. 

Engku Emran kemudiannya berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada  8 September 2017 dan hubungan Bella dengan Aleesya mahupun Erra sangat baik. 
 
Kredit Foto: Instagram @errafazira

Del14