Emelda Rosemila Pasang Niat Berhijab Selepas Pulang Umrah?

Pelakon Emelda Rosemila menjadi perhatian ramai apabila memberi bayangan seolah-olah ingin mengekalkan imej berhijab selepas pulang dari mengerjakan umrah hujung tahun lalu bersama keluarganya. 

Baca: Adlin Aman Ramlie Dan Keluarga Pula Menunaikan Umrah

Perkongsian terkininya di Instagram di mana Emelda memuat naik foto selfienya yang mengenakan hijab dengan kapsyen “2o2o, mungkin? Selamat melalui hari yang indah!” menimbulkan tanda tanya adakah pelakon ini bakal mengikuti jejak langkah artis seperti Amyra Rosli yang berhijab selepas pulang dari umrah. 

Walau bagaimanapun, Emelda menjelaskan dia masih mempunyai beberapa komitmen kerja yang menyukarkannya untuk bertudung penuh dan berdoa agar niatnya untuk berhijab dipermudahkan. 

“Saya perlu menjelaskan ada beberapa komitmen kerja yang dipersetujui lebih awal sehingga April depan. Jadi, sukar untuk saya bertudung penuh. 

“Cuma saya berharap hati ini terus teguh untuk berhijab, apabila sudah tidak terikat dengan sebarang kerja dan komitment lakonan,” ujar Emelda kepada BH Online. 

Tambah isteri kepada Adlin Aman Ramlie itu, suaminya juga tidak menghalang dan oleh itu, Emelda sudah membiasakan diri berhijab dan mula membeli tudung untuk menambah koleksi yang sedia ada. 

“Saya tidak mahulah ‘feeling’ bertudung, selepas itu buka.  Pulang dari umrah hasrat berhijab cukup menebal. Saya hendak cuba membiasakan diri perlahan-lahan,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Emelda yang memuji kecantikannya mengenakan hijab dan turut mendoakan agar Emelda terus istiqomah dan segalanya dipermudahkan Allah SWT. 

Emelda dan Adlin mendirikan rumah tangga lebih dari 10 tahun dan mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Edra Rafael yang kini menduduki tahun satu di alam persekolahan. 

Kredit Foto: Instagram @emeldarosemila

Del14