Kenapa Pak Nil Emosi Tengok Drama TV3 Ni?

Siapa sangka pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi, turut menonton drama Tv3, Jangan Benci Cintaku yang kini sedang menular kerana watak Husna dan Nek Pah yang sangat mencuit emosi. 

Aznil atau mesra dipanggil Paknil berkata dia sangat emosi menonton drama tersebut sehingga sanggup membuat video parodi dengan mencipta dialog sendiri kerana tidak bersetuju dengan tindakan dua watak itu terhadap Fika.

“Sejujurnya saya sudah lama tidak terjebak dengan drama Melayu dari episod pertama. Jalan cerita dan watak dalam drama ini membuatkan saya ingin menonton hingga episod akhir.

“Walaupun saya menonton di saluran Tonton, tetapi saya puas. Promo petikan setiap episod yang dimuat naik di IG lagi menambahkan rasa sakit hati dan tidak sabar untuk menonton.

“Disebabkan terlalu geram dengan Husna dan Nek Pah, saya sanggup buat video parodi dengan menggunakan dialog dan suara sendiri. Kalau saya pengarah, itulah dialog yang sepatutnya.” Katanya

 

Rata-rata netizen turut terhibur dengan parodi yang dibuat oleh Paknil. Kelakar betul….

Sempat lagi Paknil berseloroh mahu ‘menyekolahkan’ pelakon, Niena Baharun (Husna) dan Azizah Mahzan (Nek Pah) jika terjumpa mereka.

“Saya minat drama ini sebab sukakan Zahirah. Saya pernah menemubual Zahirah dan menyifatkan dia seorang yang bijak, berbakat dan mempunyai pendapat tersendiri.

“Saya gembira apabila watak Fika melonjakkan lagi kerjaya seninya. Cuma, saya geram kenapa dia tidak mahu bersuara mempertahankan dirinya.

“Kalau kebetulan terjumpa Husna dan Nek Pah, memang saya ‘sekolahkan’ mereka. Supaya mereka tahu langit tinggi atau rendah. Dalam masa sama, nak beritahu tidak semua orang macam Fika.” Jelas Paknil

Masih ada beberapa episod untuk melihat kesudahan drama tersebut yang bersiaran setiap Isnin sehingga Jumaat. Anda juga boleh menonton semula kesemua episod yang telah disiarkan melalui portal rasmi kami hanya di tonton.com.my!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops