Hiburan By: Khairil Khusyairi October 13, 2023 @ 5:45pm

Kerap Bertemu, Cinta Zul Ariffin, Gayatri Kembali Bertaut?

Tiada angin tiada ribut timbul satu dakwaan mengatakan aktor kacak Zul Ariffin, 37, kembali menjalin cinta dengan bekas kekasihnya yang juga seorang produser terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.

Menurut laporan Kosmo!, sumber mengatakan kenalannya sudah banyak kali terserempak pasangan tersebut di beberapa acara.

Dan terbaharu adalah ketika menghadiri pelancaran sebuah filem, baru-baru ini.

Malah, dakwa sumber tersebut lagi, banyak mata-mata yang asyik mengerling seperti cemburukan keintiman pelakon filem Talbis Iblis itu dengan produser usia 47 tahun tersebut.

Namun, kini tidak tahu sejauh manakah hubungan mereka itu. Apakah masih kekal sebagai rakan karib atau cinta lama kembali bertaut?

Zul Ariffin

Tahun lalu, Zul membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Range Rover berwarna hitam kepada Gayatri. Malah mengaku, wanita tersebut cukup istimewa dalam hidupnya.

Malah, Zul juga kerap menafikan dakwaan bercinta semula dengan Gayatri apabila timbul spekulasi.

Terdahulu, Zul dan Gayatri pernah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun sebelum putus di tengah jalan.

Atas sikap profesional, mereka bagaimanapun masih berkawan sehingga ke hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Hadiahkan SUV Mewah Kepada Bekas Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Kecewa Langsung, Hubungan Kami Dah Berakhir – Zul Ariffin

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Jakarta ‘Special’ Untuk Kami- Westlife

Westlife dijangka membuat persembahan di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini. Korang dah beli tiket ke belum?

Featured Tue, 28 Jun 2022
Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Nazim Othman Semakin Memilih?

Nazim Othman mengakui lebih matang berdepan pelbagai situasi jika dibandingkan dengan awal kemunculannya dahulu.

Trending Mon, 14 Jan 2019

Hanya Kerana Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Di Gantung

Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Diturunkan Pangkat Dan Potong Gaji

Selebriti Mon, 26 Jun 2023
Trending Sun, 17 Apr 2022
Trending Mon, 11 Jun 2018

Supermodel Gigi Hadid Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasihnya Zayn Malik

Ramai yakin supermodel Gigi Hadid dan Zayn kembali bersama.

Trending Wed, 27 Apr 2022
Trending Sat, 15 Jun 2019

Kerana Popular Belanda ‘Tertekan’ ?

Pelancong datang melancong boleh tertekan kenapa ya?