Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 18, 2023 @ 12:04pm

Kerap Ditegur Netizen Soal Pantang Larang Lepas Bersalin, Emma Maembong Akhirnya Buka Mulut

Pelakon Emma Maembong tampil meluahkan rasa kurang senangnya selepas kerap menerima teguran dari netizen berkenaan pantang larang selepas bersalin.

Perkara tersebut telah diluahkan oleh Emma menerusi sebuah perkongsian di TikTok, semalam.

Menurut Emma, pada awalnya dia tidak mahu mengambil pusing tentang perkara ini, tetapi ia semakin berlarutan sehingga dirinya difitnah dan menerima komen yang kurang menyenangkan.

“Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ni beriya sangat. Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okaylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.

“Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam dia duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang ke tak.

“Alhamdulillah, saya sihat takda pun viral yang kata saya menangis ke tumpah darah ke semua tu fake. Saya berpantang, jangan risau.

“Saya berpantang dengan confinement lady. Saya dah buat dah semua benda bertungku, tangas, urut, sauna, pakai bengkung dan sebagainya,” katanya.

Emma berkata, setiap wanita melalui proses berpantang yang berbeza-beza bergantung kepada kondisi para ibu ketika melahirkan anak.

Namun, dia tetap menjaga pemakanannya yang sihat ketika berpantang bagi memastikan kesihatan dalamannya turut terjaga.

“Alhamdulillah daripada anak first sampai anak kedua saya bersalin secara normal tapi tak ada koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit dia sebenarnya ikut atas badan masing-masing.

“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila saya aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kita kena jaga. Semua manusia lain-lain, tak ada yang sama.

“Cuma saya tak adalah berlari dan join marathon. Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun dan bergerak, dia nak samakan dengan saya. Takpayah beriya-iya samakan cara orang berpantang.

“Macam banyak sangat yang komen dan bandingkan cara mereka berpantang sebelum ini. Macam saya, saya bersalin memang tak sakit luaran tapi dalaman saya tetap jaga dan makan makanan sihat,” jelasnya.

Tenang mengendalikan situasi tersebut, Emma turut mendoakan agar segala urusan wanita-wanita lain yang sedang berpantang dipermudahkan.

Malah, dia turut berpesan kepada netizen agar tidak berlebih-lebihan dalam memberikan teguran dan nasihat kepada orang lain.

“Doakan yang terbaik untuk satu sama lain. Jangan risau saya masih jaga pantang. Nasihat tu boleh, nak tegur tu boleh tak salah. Tapi kalau sampai sumpah-sumpah tu, itu yang salah.

“Jadi saya nak bagitahu tak perlu gaduh pun tentang saya berpantang. Banyak lagi isu yang pentang yang korang boleh ambil tahu kat luar sana.

“Saya tahu dengan video saya ni bukan semua orang setuju. Saya hanya nak bagitahu yang saya sihat je dan yang lain itu semua fitnah. Kena respect each other, masing-masing ada pendapat dan pendirian sendiri.

“Saya pun doakan yang terbaik untuk semua wanita yang sedang berpantang di luar sana. Badan masing-masing,” katanya.

@emmashazliChill guys, jangan stress2 pasal pantang.♬ original sound – EmmaMaembong

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya! Emma Maembong Kongsi Gambar Photoshoot & Akaun Instagram Anak Kedua – “Macam Anak Patung”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Emma Maembong Dukung Anak Lepas Bersalin, Undang Kebimbangan Netizen- “Ngilu Weh….”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

Simpati Dengan Petugas Media, Azad Jazmin Belanja Makan Di Istana Negara

Alhamdulillah.. semoga diluaskan lagi pintu rezeki Pak Azad

Hiburan Mon, 1 Oct 2018
Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Pembantu Peribadi Kongsi Detik Terakhir Bersama Allahyarham Nassier Wahab

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Hiburan Thu, 17 Oct 2024

Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media

Alamak, kenapa Aliff dengan Ruhainies diam membisu je, tak apalah sama-sama kita nantikan perkembangan kes tahun depan!

Featured Tue, 15 Nov 2022
Hiburan Mon, 21 Oct 2019

New 5-Member Girl Group to Debut with Former Pristin Members!

The rumours are trumours! They (some) are coming back!

Hiburan Sat, 11 May 2019
Selebriti Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Tue, 3 Oct 2023
FESYEN Thu, 19 Sep 2019

Pharell Williams Supports Women Empowerment With Adidas Originals Campaign “Now Is Her Time”

Dear Pharell, we love you, sincerely, women from all over the world.

error: Content is protected !!