Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 1, 2023 @ 9:55am

Kerap Kongsi Tentang Pengalaman Sebagai Ibu, Uyaina Arshad Tak Kisah Dianggap Terpaling Tahu

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad tampil membalas kenyataan sesetengah netizen yang kurang senang dengan segala perkongsiannya berkenaan pengalaman pertama kali menjadi ibu.

Menurut Uyaina, dia tidak kisah dengan sebarang kutukan dan lebih mementingkan kesihatan anaknya, Raja Urhan terutamanya ketika si kecil itu mengalami tongue-tie.

Malah, pelakon itu kekal positif untuk terus berkongsi kerana ada segelintir wanita yang bergelar ibu suka dan tertarik akan perkongsiannya.

“Apa pun orang cakap, saya tidak kisah. Yang penting, anak saya sihat. Masing-masing ada pengalaman sendiri menjadi ibu, terpulang.

“Kita buat macam mana pun, ada sahaja yang tak kena dengan selera segelintir netizen di luar sana. Tak apalah, saya cuma kongsi dengan mereka yang positif menerima ilmu baharu.

“Saya tak perlu ambil peduli pun sebab yang utamanya adalah kesihatan anak saya. Bila saya kongsi tentang tongue-tie itu, ramai ibu yang bercerita tentang pengalaman masing-masing.

“Jadi kalau mereka tak boleh terima atau tidak senang hati, itu hak mereka. Ada yang cakap saya terpaling ibu, pun saya tidak kisah,” katanya.

Untuk perkembangan terkini, Uyaina juga telah dilantik sebagai duta baharu, Herbs Of Gold sekali gus menjadikannya selebriti tempatan yang pertama mendapat pengiktirafan itu.

“Saya tidak akan terima tawaran duta sesebuah produk jika diri sendiri tidak pernah cuba. Saya juga seorang yang sangat mementingkan gaya hidup dan amalan sihat. Tiada sebab untuk saya tolak.

“Saya juga merupakan seorang yang aktif dan demi mengekalkan stamina, saya perlu ambil suplemen kesihatan yang diiktraf,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Azhar Sulaiman Mahu Anak Lelaki Belajar Cara Solat Jenazah

Alhamdulillah, tindakan yang bagus Azhar Sulaiman

Trending Sat, 13 Jun 2020
Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Pernah Teruk Dikecam, Shukri Yahaya ‘Serik’ Berlakon Babak Intim

‘Kalau pelakon wanita dalam selimut, saya di atas selimut’ – Shukri Yahaya

Featured Tue, 14 Jan 2025
Hiburan Sat, 17 Jun 2023

Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Comelnya baby girl Juliana Evans ❤️❤️ Tahniah!

Events Thu, 20 Mar 2025

Selepas 7 Tahun, Shahrol & Ajak ‘Comeback’ Di Pentas Temasya Komedi Rakyat

Shahrol dan Ajak mengaku tidak wujud perasaan kekok apabila digandingkan bersama menerusi pentas Temasya Komedi Rakyat

Featured Fri, 11 Mar 2022
error: Content is protected !!