Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 14, 2025 @ 12:09pm

Didakwa Belasah Pereka Fesyen DSV, Aqo Imran Mahu Ambil Iktibar – “Pasti Ada Hikmahnya”

Selepas insiden didakwa membelasah pereka fesyen Datuk Seri Vida baru-baru ini heboh diperkatakan ramai, jurugambar selebriti, Aqo Imran mengaku insiden tersebut membuatnya sedar dan mahu mengambil isu itu sebagai pengajaran.

Katanya, emosinya sedikit terganggu dia percaya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Alhamdulillah saya menjalani kehidupan seperti biasa. Makan cukup, minum cukup, alhamdulillah.

“Emosi alhamdulillah mungkin apa yang berlaku membuatkan saya belajar dan mengambil ia sebagai satu pengajaran.

“Bagi pendapat saya semua yang terjadi dalam dunia ni sudah tertulis jadi setiap kejadian yang berlaku tu mesti ada hikmahnya,” ulasnya.

Mengulas lanjut mengenai situasi isterinya pada ketika insiden berkenaan tular di media sosial, Aqo meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri, kawan dan keluarga yang cukup memahami.

“Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangatlah menyayangi saya sampai tak tahu nak luah macam mana, tapi alhamdulillah.

“Keluarga juga banyak membantu, tak sangka pertolongan ghaib Allah ini memang benar sebab Allah hadirkan ramai insan baik untuk mendekati saya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kesan yang diterimanya pula, jurugambar selebriti ini berkongsi bahawa insiden tersebut membuatkan dia lebih mendekatkan diri dengan Allah.

“Lepas kejadian itu saya rasa saya lebih mendekatkan diri dengan allah. Mungkin allah nak cubit saya supaya lebih mendekatkan diri dengan Dia,” jelasnya.

Namun, ketika disoal mengenai perkembangan terkini insiden berkenaan, dia enggan mengulas lanjut memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN:Harris Annuar Dedah Sikap Jurufoto Belasah Pereka Fesyen DSV – “Dia Seorang Yang Baik, Solat & Bukan Jenis Panas Baran”

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Kantoi Tonton P*rno Punca Pempengaruh Dibelasah

ARTIKEL BERKAITAN:Kantoi Curang Termasuk Dengan Rakan Sendiri, Pempengaruh Popular Dibelasah Suami… Anak Baru Lahir Selamba Kena Tendang!

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Shila Amzah Gabung Lagu Melayu & Mandarin, Rai 25 Tahun Dalam Industri Di Pentas Impian DFP 9 Mei Ini

konsert ‘SA25’ dijangka menampilkan lebih 25 lagu termasuk medley khas

Trending Fri, 24 Jul 2020
Trending Tue, 28 Aug 2018

Bride DEMANDS RM6k From Each Wedding Guests or They’re Not Invited

She went absolutely crazy when people refused to give her the cash.

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Bapa Atikah Suhaimie Beri Sebab Punca Anaknya Tak Jadi Kahwin

Netizen diharap menghormati keputusan kedua belah pihak

Events Fri, 3 Jan 2020
Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Mon, 27 May 2024
Hiburan Fri, 30 May 2025
Featured Thu, 2 Nov 2023
error: Content is protected !!